KOMENTAR


TEKNIK KHAS UNIT KHAS POLIS
"OPERATION TURNING OVER"


SAKSI PERTAMA  : DK MOHD SAID AWANG (Former Director of The Special Branch )

Sedikit demi sedikit kita dapat melihat bagaimana Jabatan Polis membuka pekong di dada mereka.
Sedikit demi sedikit kita lihat akan tektik kotor polis dalam mendapatkan pengakuan atau menidakkan pengakuan.

Teknik OPERATION TURNING OVER yang dimaksudkan adalah memusingkan kembali pengakuaan atau keadaan untuk membelahi kerajaan atau mana mana pihak yang Jabatan Polis kehendaki.

Ini merupakan teknik rahsia menurut Mohd Said Awang, yang menyebabkan hampir seluruh penghuni mahkamah tersenyum seolah olah menuntun cerita lucu. Masa itu juga SUN melapurkan bahawa HAKIM Datuk S.Augustine turut tersenyum.

Teknik rahsia ? Pada Komentar ianya bukan rahsia lagi. Ini terbukti dengan kehadiran penderaan keatas Anwar Ibrahim yang sampai sekarang tidak ada keterangan dari pihak Polis lagi.

Dari keterangan Mohd Said Awang jelas bahawa:

KEBENARAN TIDAK PENTING DALAM PENYIASATAN. KEBENARAN BOLEH DIUBAH DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK RAHSIA SPECIAL BRANCH "THE TURNING OVER OPERATION."

DITANYA PERIHAL NEUTRALISING oleh DPP Abdul Gani Patail Mohd Said menjawab bahawa ia nya berjalan sejajar dengan Turning Over

Mohd Said berkata " It is like putting things in order like a political stand. If we neautralise the person it means it is no longer threat to us, no longer a security threat."

Begini rupanya cara mereka bertindak. Dengan cara ini sesiapa yang dianggarkan boleh memberi ancaman kepada sesiapa maka konsep Neutralising digunakan.

Soalan kami:

Adakah konsep serupa digunakan oleh Polis keatas Munawar dan Sukma?
Mereka mengaku salah selepas ditahan dalam ISA dan teknik operation turning over dan neautralising digunakan.

Ini kerana mereka sanggup mengaku diliwat, dan sanggup mengaku Anwar Ibrahim meliwat nya.Kredibiliti nya mereka sebagai seorang beragaman Islam di buang ketepi begitu sahaja kerana terkena teknik rahsia Special Branch. Munawar sebagai ahli akedemik Islam sanggup mengaku, hebat jugakan teknik ini.

Kalau lah ini rupanya cara dan perjalanan  sistem Polis Negara ianya lebih teruk dari mob rule yang diperkatakan oleh DRM.

Bolehkah kredibiliti Mohd Said dipercayai lagi dengan kebodohan beliau mengikut sahaja telunjuk sesiapa diatas nya.

Bolehkah kredibiliti Jabatan Polis dipercayai?

Tak payah nak sorok sorok rahsia turning over point itu ialah penderaan, ancam ugut, peras ugut dan sebagainya. KITA BUKAN ADA POLIS KITA ADA MAFIA.