Make your own free website on Tripod.com


KENYATAAN AKHBAR SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL 8 Oct 1998
Bekas Penolong Setiausaha Agung Pemuda UMNO
    Thank You Justice4all


Sahabat-sahabat saya dalam negara telah memaklumkan kepada saya bahawa
keahlian UMNO saya dan beberapa rakan yang mendukung Gerakan Reformasi
telah digugurkan.  Keputusan tersebut tidak sekalipun memeranjatkan.

Atas nama prinsip saya tidak akan merayu.  Saya juga tidak berasa
kecewa.  Bagi saya UMNO hanyalah satu wadah perjuangan.  Saya akan
berjuang dengan mengunakan wadah yang lain, dan mungkin ianya lebih
berkesan dan saya lebih mudah bergerak.

Saya akan terus berjuang untuk menegakan kebenaran, keadilan dan
kebebasan.  Saya akan terus menentang dan mendedahkan sikap munafik
Dr. Mahathir Mohamad, seorang pemimpin yang menghina UMNO, orang
Melayu dan Islam dengan mencarut dalam sidang akhbar yang disaksikan
oleh jutaan rakyat Malaysia.

Apakah orang Melayu dan umat Islam mahu terus dihina oleh seorang
pemimpin nyanyok?

Saya merayu kepada bonda Siti Hasmah Mohd Ali agar menasihatkan
suaminya jangan terus menambah dosa.  Memfitnah itu dosa besar.
Memaksa orang membuat saksi palsu juga dosa yang besar.  Kalau
sayangkan suami,janganlah sekadar sayangkan batang tubuhnya didunia.
Fikirkan nasib dan roh suami tersayang di dalam kubur dan di alam
akhirat.

Saya tidak mengatakan Dr. Mahathir akan mati lebih awal dari saya.
Mungkin saya mati lebih awal, justeru itu saya berterima kasih kepada
kedua ibu bapa saya dan guru-guru saya yang mendidik saya agar patuh
kepada perintah agama.

Tiada yang lebih pasti bagi setiap yang bernyawa kecuali kematian.
Dan Dr. Mahathir hanya tinggal sisa-sisa hayatnya.  Kita pula
mendengar sejak akhir-akhir ini tekanan darah beliau meningkat dan
tidak mahu turun.  Bertaubatlah.  Mintalah maaf dari SaudaraAnwar, Dr.
Harun Din dan Ishak Baharum.

Sebagai langkat pertama untuk bertaubat Dr. Mahatir perlu letak
jawatan dari semua jawatan parti dan kerajaan.

SAIFUDIN NASUTION ISMAIL
Bangkok
8 Oktober 1998