Make your own free website on Tripod.com

ALAHAI ANUAR TAHIR, SARAWAK LAGI?

Komentar 20/3/2000

 

Bukanlah menjadi kegemaran Komentar menulis hal-hal berkaitan dengan Anuar Tahir. Komentar sekiranya boleh lebih gemar menulis kebaikkan dari keburukkan akan tetapi kesedaran keburukkan akan menjadikan kita lebih peka dan lebih memudahkkan kita menyusun langkah demi memperbaiki keadaan.

 

Almaklum tersebutlah kisah Anuar Tahir seperti yang telah Komentar perkatakan dahulu pergi bersama Sheikh Azmi ke Sarawak untuk menyelesaikan masalah disana. Seperti selalu dan telah Komentar sebutkan Anuar Tahir hanya berjumpa dengan mereka yang mahu menjatuhkan Yusuff Rahman mungkin untuk mengatur strategi cara mana untuk tidak menunjukkan keenggaran kepada Sdr Anwar Ibrahim tetapi berhasil untuk menolak Yusuff Rahman. Termaktublah kisah benar ini dengan cara Anuar Tahir di Sarawak berjumpa Datuk Hapsah dan para konspirator bagi menjatuhkan Yusuff Rahman , maka niat Anuar Tahir tidak pernah ada untuk menyelesaikan masalah ini malah untuk terus meruncingkan keadaan wujud sejak awal pemergian beliau ke Sarawak.

 

AWAS MPT ! AWAS MESYUARAT BIRO POLITIK keADILan !

 

Jangan terpedaya dengan lapuran Anuar Tahir. Maklumat yang dibawanya JELAS berat sebelah dan TIDAK ADA rundingan dibuat dengan mereka yang menyokong Yusuff Rahman. Malahan Komentar menerima maklumat bahawa Ustad Awang Pon menolak cadangan Anuar Tahir untuk melantik beliau menerajui keADILan Sarawak. Satu sikap murni ditunjukkan oleh Ustad Awang Pon demi tidak mahu melihat keADILan Sarawak berpecah. MPT harus meneliti lapuran Anuar Tahir tersebut sebelum menerimanya. Anuar Tahir turut dimaklumkan kepada Komentar telah meletakkan Sdr Zulrosdi sebagai Setiausaha Perhubungan Negeri dalam senarai “cai”nya.

 

MPT jangan terpedaya.

 

KOMENTAR

Menerima scan dokumen mengenai sokongan Barisan Alternatif lain dengan Sdr Yusuff Rahman. Scan dokumen tersebut akan dipamerkan kelak.