ARMADA HOTEL JADI SAKSI PENIPUAN ANUAR TAHIR DAN CHANDRA

Komentar 29/2/2000

Empayar itu mesti dikembangkan. Mereka itu harus dicantas dan diletakkan ditempat supaya suara mereka disekat dan pergerakkan mereka dihalang. Penipuan perlu dilaksanakan agar cita-cita tercapai. Ini perlu dan keperluan ini menjadi sumpah bangsat mereka. Chandra dan Anuar Tahir JANGAN kamu nafikan pertemuan kamu dengan Sdr Yusuff Rahman di Armada Hotel P.J. Pertemuan yang mahu menjerat Reformis Yussuff Rahman dari terus menjawat Ketua Perhubungan Negeri Sarawak. Antara yang hadir adalah Datuk Wan Yusuff, Sharifah Mariam Chandra, Anuar Tahir dan Yusuff sendiri. Antara yang mahu dicapai oleh mereka adalah unutk mengantikan Reformis Yussuff Rahman dengan Datuk Wan Yusuff sebagai Ketua Perhubungan Negeri. Sungguhpun Sdr Reformis Yusuff Rahman TIDAK memberi laluan tetapi Chandra dan Anuar Tahir melapurkan yang Sdr Reformis ini kononnya BERSETUJU. Apa dan siapa sebenarnya Chandra dan Anuar Tahir ini? Orang sebok mahukan kejayaan Barisan Alternatif dalam pilihanraya mereka sebok bermain politik kurang ajar mereka. Komentar akan menerima lagi lapuran menyeluruh keadaan Sarawak dan insyallah akan dipamerkan AGAR PEMBACA MEMBUKA MATA dan tidak hanya tahu menambur fitnah yang konon Komentar berbohong. Bagi mereka yang sebegitu kamu lakukan penyiasatan sendiri dan Komentar percaya KESEMUA artikel tidak pernah dibuat hanya untuk bersuka-suka melihat parti ini terkubur. Hasrat pendedahan ini adalah bagi keselamatan parti dan perjuangan agar ia tidak dikuburkan oleh Chandra dan Anuar Tahir.

Komentar