SEKARANG keADILan SARAWAK BERGOLAK MASA PILIHANRAYA SARAWAK NANTI keADILan SARAWAK TERGOLEK

Komentar 27/2/2000

Keadaan Mesyuarat MPT jelas ada perbezaan apabila ada kalangan MPT mula menentang Penubuhan Jawatankuasa Penyiasat yang didalangi oleh Anuar Tahir. Apakah dengan ini Sarawak terselamat? Apakah mereka golongan yang mahu menjatuhkan Yussoff Rahman berdiam diri? Sama sekali tidak. Sarawak masih digantung dan Anuar Tahir masih bermain sendiwara di belakang tirai? Sarawak kini diletakkan atas satu jawatankuasa penyelaras di ketuai oleh Ustad Awang Pon? Secara tidak langsung Anuar Tahir masih ditahap kejayaan kerana Yusoff Rahmantelah diketepikan. Anuar Tahir tidak pernah terfikir dalam Sarawak sedang menuju kepilihanraya negeri , Anuar tahir tetap mencaturkan politik disana agar konsentrasi tidak ditumpukan pada menghadapi pilihanraya. Jahil betul keADILan ini. Jahat sungguh niat Anuar Tahir ini. Walauapapun jahat ini masih disokong oleh ahli MPT yang masih lagi belum membuka mata terhadap perkara ini ataupun nampak tetapi berdiam diri kerana "body mereka sudah tergadai". Kita tahu surat keburukan yang dihantar kepada Anuar Tahir diambil sebagai bukti sahih bagi beliau. MPT TIDAK dibenarkan mendapat satu salinan untuk membuat evaluasi sempurna. Anuar Tahir dalam mengemukakan justifikasi menyokong pengantungan Yussoff Rahman juga hanya dibacakan dan tidak diedarkan kepada kepimpinan. Punya telus pentadbiran Anuar Tahir sehinggakan fitnah menjadi fakta dan fakta ini menjadi senjata untuk Anuar Tahir. Loya dan meloyakan perbuatan Anuar Tahir.Apakah Anuar Tahir hanya tahu berpolitik dalaman sahaja dan kegiatan untuk menjana kejayaan terus tiada.

Datin Presiden,

Wilayah Persekutuan sudah hancur

Pahang sudah lumat

Terengganu nasib baik MP kalau tidak telah lama menjadi peminum teh tarik.

Sarawak kucar kacir

Johor terus tidak stabil

APA LAGI MPT,BUKA MATA keADILan itu sedikit, lihat lah kepincangan ini.

Komentar