SEMBAHYANG HAJAT DAN LAUNGAN REFORMASI MASJID NEGARA 11hb March 2000

Komentar 12/3/2000

 

Hari ini panggilan untuk menunaikan solat hajat dibuat. Media-media Internet dan Mahazalim telah membuat promosi habis-habisan. Barisan_Alternatif, Adil-Net dan lain lain E-Groups turut serta membuat promosi selama seminggu. Bersesuaian pula dengan cuti umum di Selangor maka Sembahyang Hajat ini akan dijangka hebat. Beberapa kepimpinan parti akan dan hadir untuk memulakan ledakan Reformasi. Sayang handbill satu pun tidak keluar. Muka-muka reformasi yang hadir juga adalah muka-muka yang biasa berreformasi. Maka dibuatnya pula gimmick baru iaitu memukul pepatong dari bantal sebagai symbol kebangkitan rakyat dan kemarahan rakyat kepada pimpinan kerajaan yang sekarang ini ada. Semua program berjalan lancar dan yang tidak lancar adalah kehadiran pelancung melebihi agaknya mereka yang hadir berreformasi. Laungan Reformasi dibuat oleh kedatangan mereka yang hampir atau lebih sedikit dari 350 orang. Yang lain entah kemana? Inikah reformasi alaf ini? Apakah yang menyebabkan Kuala Lumpur seolah hilang tenaga berreformasi?

 

Sdr yang budiman fikirkan sendiri. Kenapa dan mengapa laungan kita tidak lagi sehebat dahulu. Malah kesejukkan laungan amat terasa sekarang ini. Fikirlah dan maklumkan kepada kami. Mungkin kami ada andaian tersendiri kenapa kurangnya dan sejuknya laungan itu tetapi sekiranya andaian kami mungkin kami akan dilebel  sebagai Ajen UMNO atau planted UMNO.

 

Fikirkan

 

KOMENTAR