UMNO MEMULAKAN KEMPEN DI JOHOR

Johor terkenal dengan sokongan padu mereka kepada UMNO. Pemilihan Dr Mahathir ke Johor untuk memulakan kempen adalah berdasarkan kekuatan penyokong UMNO. Mahathir menjangka bahawa keluarga FELDA di Johor akan memberikan sokongan padu mereka kepada UMNO. Ini memang tidak dapat disangkalkan lagi mengikut stastitik kejayaan UMNO di Johor pada pilihanraya lepas. Reformasi di Johor perlu dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. Kawasan kawasan terpencil khusus penempatan FELDA masih ada yang tidak menerima salam dari pendokong reformasi. Kawasan kawasan FELDA dari Kota Tinggi sehingga ke Desaru masih banyak yang tidak terdedah kepada desakan Reformasi. Mereka hanya menerima informasi melalui media TV dan surat kabar yang korup dan berita yang dimanipulasi oleh kerajaan tempatan.

UMNO CUBA MELAGA LAGAKAN BUKAN SAHAJA

ANTARA PAS DAN DAP TETAPI ANTARA PRESIDEN DAN MB KELANTAN BAGI MEMPERLIHATKAN KONFLIK DALAMAN PARTI

Antara yang menarik dalam beberapa perbualan yang saya lakukan dengan pemerhati politik tanah air adalah konsistan UMNO dalam menghadapi pilihanraya khususnya disaat terakhir kempen.

SATU

UMNO akan cuba mempengaruhi ahli ahli PAS untuk mula menolak PAS dan diselaraskan dengan penghijrahan anggota PAS ke UMNO.

DUA

Lain lain kaum di Malaysia akan diberitahu tentang kononya PAS terlalu ekstrim pada Agama Islam dan tempat mereka yang bukan Islam Akan tergadai.

KETIGA

Parti DAP akan menghadapi internal politikal krisis setiap kali musim pilihanraya.

KEEMPAT

Terdapat tanda tanda juga UMNO akan cuba memecahbelahkan pemimpin pemimpin tertinggi PAS dengan sentimen sentimen Agama.