PENDEDAHAN SIAPA KOMENTAR

KOMENTAR 31/1/2000

(surat pengiktirafan Sdr Anwar Ibrahim kepada Komentar dan rakan pejuang yang bersama-sama Komentar semasa Reformasi Jalanan dahulu. Ia lebih bermakna dari 1,000 sijil yang melayakkan mereka duduk di MPT tetapi tidak tahu erti perjuangan cuma tahu bermain politik murahan)

Terdapat antara kepimpinan MPT yang cuba menyimpan rahsia pergolakkan dan berpendapat bahawa Komentar adalah agen kerajaan dan antara mereka yang kecewa dalam Parti. Perlu dimaklumkan kesangsian pembaca terhadap pendedahan ini tidak akan dapat mengubati sakit Parti Keadilan Nasional. Pekong Parti Keadilan Nasional perlu diubati dan pihak Komentar sedar antara mereka reformis yang diinaya oleh parti tidak mempunyai jalan lain melainkan pendedahan terbuka. Pendedahan terbuka ini untuk menyedarkan kita khususnya reformis bahawa kita pejuang keadilan dan pengorbanan reformis demi menuntut keadilan dan bukan untuk diperhambakan oleh Chandra Muzzaffar Marina Yussoff ,Annuar Tahir dan Zainur Zakaria( penentang reformasi jalanan)

Pendedahan ini juga menyatakan bahawa Komentar bukan ahli politik tetapi adalah mereka yang berada dijalanan. Mereka yang bersama reformis lain terhumban dan tercalar kulit akibat menentang kerajaan dan kini dicalar dan dikeji oleh beberapa MPT untuk agenda mereka tersendiri. Nama diatas diedit untuk keadilan agar Komentar turut tidak ditekan oleh beberapa kepimpinan Parti.(mana perbezaan keADILan dibawah Chandra,Marina,Annuar Tahir dan Zainur Zakaria?

SEDARLAH INI BUKAN BERTUJUAN UNTUK MENGAGUNGKAN DIRI SENDIRI SERTA BEBERAPA AHLI KOMENTAR LAIN TETAPI BERTUJUAN UNTUK TERUS MEMPERHAMBAKAN DIRI DEMI MENUNTUT KEADILAN DAN LAUNGAN REFORMASI SDR ANWAR IBRAHIM.