BILA PEJUANG REFORMASI DISISIH SDR ANWAR IBRAHIM SEAKAN DIPINGGIR

Komentar 16/1/2000

Benarkan suara desakan reformasi rakyat semakin kurang berdaya? Benarkan pergerakan reformasi kini menuju kearah kepupusan bersesuaian dengan kehendak dan permainan politikus-politikus keADILan. Apakah politikus-politikus keADILan mampu menjana semangat rakyat dengan hanya menulis kenyataan yang tidak tersalur dengan sempurna kepada rakyat. Mampukah beberapa kepimpinan keADILan menyemarakkan semangat rakyat untuk menuntut keadilan? Mampukah mereka hidup tanpa keberanian mereka yang melaungkan RE-FOR-MA-SI. Apakah dengan menolak laungan RE-FOR-MA-SI dan dengan berterusan bermain politik maka kepimpinan keADILan mampu menjana kejayaan menuntut kebenaran dan membebaskan Sdr Anwar Ibrahim, BAPA REFORMASI KITA. Perlukan mereka seperti Ketua Pemuda keADILan Sdr Ezam Mohd Noor disedarkan kembali bahawa roh Parti keADILan Nasional adalah pejuang-pejuang reformasi yang semakin disisihkan ? Sedarlah bahawa menyisih pejuang reformasi,menolak tanpa memberi sokongan kepada mereka adalah sama seperti meminggirkan Sdr Anwar Ibrahim dan menolak segala pengorbanan beliau demi mencari keadilan dan kesejahteraan buat rakyat,buat negara dan buat agama. Apakah ini yang mereka cari? Apakah cita-cita peribadi sesetengah kepimpinan keADILan melewati dan melebihi perjuangan menuntut perubahan.Jika benar maka golongan reformis perlu sedar bahawa kehadiran mereka sebenarnya meliwat ketelusan perjuangan ini. Ini harus diperbetulkan. Kehadiran reformis bersangkut paut dengan kehadiran Parti Keadilan Nasional.Desakan Reformasi oleh golongan pejuang inilah yang meletakkan Parti Keadilan Nasional sebagai parti baru yang popular dan mampu mendesak perubahan. Jangan sisihkan mereka. Jangan pinggirkan Sdr Anwar Ibrahim.

KOMENTAR