Make your own free website on Tripod.com
EMAIL MEREKA YANG DI TERIMA .Terima kasih bagi mereka yang sudi memberi pendapat. Tidak adil sekiranya pendapat yang pro reformasi aje yang kita publish dan pendapat mereka yang pro Dr Mahadir di senyapkan..nanti sama lah kita macam media tempatan lain. Okay berikut adalah pendapat bernas mereka perihal Dr Mahadir tanpa censor....keadilan untuk semua bukan untuk individu okay...


Dari ezkamal@po.jaring.my


Cara yang saudara anjurkan itu cuma akan merosakkan bangsa. Yang untung ialah pihak pembangkang dan mereka menangguk diair keroh.

Kenapa perjuangan selama ini nak dimusnahkan dengan cara begini? Bangsa Melayu hari ini menikmati berbagai hasil perjuangan UMNO. Kenapa dengan tiba tiba nak dimusnahkan parti?

Tahun hadapan ialah tahun pemilihan. Gunakan kebijaksanaan dalam menentukan masa depan, bangsa agama dan negara



Dari Syed Tajudin (sytaju@pc.jaring.my) SURAT KEPADA USTAD FADZIL NOOR 

Tn Hj,

Kami berasa kewujudan Gerak tidak diperlukan buat masa ini. Adalah elok jika Ustaz  membantu meredakan suasana dengan mendiamkan diri buat sementara waktu. Biarkan Dato seri Anwar
diadili dimahkamah terlebih dahulu. Jangan Ustaz menangguk di air yang keroh. Ustaz sebagai peminpin Islam harus memikir umat sejagat bukan hanya memikirkan sentimen yang di bawa olih Dato seri Anwar dan rakan-rakannya. Apa ertinya Ustaz berjihad dan bersengkokol dengan seorang
peminpin yang mana akhlaknya sungguh meragukan. Adakah Rasulullah saw dan Allah swt. menerima perjuangan Ustaz  sedangkan Ustaz secara tidak langsung menyokong kepimpinan Dato Ser Anwar yang akhlaknya meragu kan. Ingatlah Ustaz , kononnya perjuangan nampak macam ikhlas. Tapi
sesungguhnya Allah swt. sahaja yang mengetahui. Cuba Ustaz lihat sejarah Islam.Bagaimana
Muawiyah telah menggunakan Islam untuk menipu umat Islam untuk kepentingan
dirinya sendiri.Cuba Ustaz lihat bagaimana Kerajaan Bani Umaiyyah yang dipimpin olih Muawiyah dan Yazid dengan menggunakan Islam telah membunuh dan menumpahkan darah  ahli-ahli keluarga Rasulullah saw. Merekalah siang dan malam kononnya solat dan berselawat keatas nabi dan ahli keluarganya. Tetapi di waktu yang sama mereka juga membunuh ahli-ahli keluarga Rasulullah dengan kejam. Sekurang-kurangnya kerajaan Malaysia yang ada sekarang tidaklah sezalim seperti kerajaan
Muawiyah dan Yazid.

Wasalam.

Ahlul Bait.



dated :3 Oktober 1998 EMAIL US