Make your own free website on Tripod.com
go to msn.com
MSN Hotmail hh_98@hotmail.com Sign out of Passport sites
 Inbox   Compose   Addresses   Folders   Options   Help 
Inbox

From: "Reformis Malaysia" <reformismalaysia@hotmail.com> Save Address - Block Sender
To: hh_98@hotmail.com Save Address
Subject: Mesyuarat Keadilan Subang Diganggu Jin
Date: Mon, 20 Mar 2000 07:49:35 GMT
Reply Reply All Forward Delete Previous Next Close
Mesyuarat Keadilan Bahagian Subang yang diadakan pada hari ini, menjadi kecoh apabila Kesatuan Jin-Jin membuat keputusan untuk meletakkan calun mereka iaitu
Sdr Saari Bahari bagi menentang Dato’ Kamarul Baharin untuk memegang jawatan Ketua Bahagian Subang.

Huruhara bermula apabila Sdr Saari Bahari mempertikaikan tentang status mesyuarat yang dianggap tidak sah.  Kemudianya diikuti bertalu-talu oleh mereka-mereka yang telah dipasang oleh Saari dari awal lagi untuk memanaskan keadaan, termasuk khidmat 2 ekor Jin Bukan Islam yang diperolehi hasil kerjasama Syarifah Mariam iaitu, manusia yang bertanggungjawab memorakperandakan Keadilan Sarawak apabila beliau melakukan lobi murahan untuk meletakkan bapanya Dato’ Wan Yusof sebagai Ketua Perhubungan Sarawak.

Lebih kurang satu jam berbahas, pengerusi majlis baru dapat meyakinkan mesyuarat untuk memilih Pengerusi Tetap untuk mengendalikan mesyuarat.  Pengerusi Tetap yang baru dilantik terpaksa menunda mesyuarat untuk sessi jamuan teh selepas perlantikan timbalan pengerusi tetap dan pencatit mesyuarat, bagi menenangkan keadaan.  Setelah selesai jamuan teh, mesyuarat yang dijangka akan tenang semula menjadi havoc kembali apabila Saari Bahari mencadangkan agar mesyuarat ditunda sehingga mendapat keputusan majlis tertinggi mengenai status mesyuarat.  Dewan menjadi panas kembali dengan beberapa orang pembahas,  Sdr Yahya Shaari yang hampir 4 kali memberikan penjelasan menjadi hampir bosan dengan sikap beberapa ekor Jin yang cuba terus-menerus mempertikaikan mesyuarat yang mempunyai rekod kehadiran yang teramai di Malaysia iaitu 167 orang.  Berulangkali Yahya memberitahu mesyuarat tentang pekeliling Setiausaha Agong yang menerangkan bahawa mesyuarat penubuhan memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang ahli yang hadir.  Namun penyokong Saari Bahari masih tidak mahu menerima realiti sehingga apabila dicalunkan untuk bertanding dalam jawatan Ketua Bahagian, Saari Bahari segera menolak pencalunannya dengan
alasan beliau tidak mengiktiraf mesyuarat tersebut sebagai sah.  Yang peliknya, beliau sebagai seorang ahli MPT yang menganggap mesyuarat tersebut tidak sah, masih kekal berada dalam mesyuarat dengan alasan menghormati kawan-kawan.  Pencadang dan penyokongnya tetap dengan pendirian terus mencadangkan Saari dan Saari tetap dengan pendirian tidak mengiktiraf mesyuarat, maka dewan kembali panas dengan pelbagai hujah.  Ada yang mengatakan mereka yang tak mahu dicalunkan tak layak bertanding, ada pula yang mengatakan perlu bertanding dan macam-macam lagi.  Perdebatan berakhir apabila Sdr Lokman Adam bangkit dan berucap.  Walaupun Saari tetap tidak mengiktiraf mesyuarat dengan menunjukkan kad ahlinya yang bernombor 15, akhirnya mesyuarat mengiktiraf Dato’ Kamarul menang tanpa bertanding.

Anggota-anggota Jin yang tak berpuashati dengan keputusan tersebut sekali lagi membuat onar apabila tiba pencalunan Ketua Pemuda.  Salah seorang penyokong Shaari berbangsa India telah mencalunkan Sdr Wan Indra Putra, Setiausaha Politik kepada Ketua Pemuda Selangor, Idrus Wan Chik yang dikenalpasti merupakan mastermind Gerakan Jin menawan Keadilan.  Idus juga adalah orang yang bertanggungjawab menghuruharakan Mesyuarat Keadilan Kuala Selangor dua tiga hari lepas.  Wan Indra yang hadir hanya sebagai pemerhati dan bukan ahli Subang, terus tampil kemikrophone untuk berceramah pulak  (Sejak bila pemerhati perhubungan negeri boleh ambil bahagian dalam mesyuarat).  Beliau mengambil pendirian yang sama seperti Saari yang tahu bahawa 40 orang ahli Jemaah Islam Malaysia yang mereka import tidak mungkin bisa membawa kemenangan untuk mereka dengan segera menarik diri dengan alasan ditekan oleh pimpinan atasan parti supaya tidak bertanding pula.  Memang bacul sungguh mereka, memalukan jemaah kami saja, dah suruh kita orang datang, takut nak lawan pulak.

Saya amat kecewa dengan segelintir pimpinan-pimpinan Jemaah Islam Malaysia dalam parti Keadilan yang cukup memalukan  dan mencemar nama baik Jemaah kami.  Saya sudah pasti tidak akan melibatkan diri lagi dalam komplot mereka untuk menawan beberapa bahagian lain.  Kepada mereka ini, saya nasihatkan kembalilah kepangkal jalan.  Tengok muslimat jemaah kita, cukup gigih menjalankan tugas-tugas mereka.  Saya tabik mereka waktu pilihanraya dulu, cekal dan sanggup ketuk pintu pengundi dari satu rumah kesatu rumah.  Ada yang dihalau, namun mereka tidak mudah putus asa, mereka ketuk buat kali kedua.  Inilah semangat yang kita perlukan untuk memperkukuhkan gerakan Islam.  Kita sebagai ahli jemaah sewajarnya mempertingkatkan ukhwah Islamiah bukan sahaja dikalangan ahli kita tetapi juga kepada ahli parti yang lain.  Kerja kita tarbiah mereka bukan jatuh-menjatuhkan sepertimana yang kamu semua lakukan.

Maaf jika teguran ana ini melukakan hati kamu sekalian,  mungkin perkataan Jin itu agak keras, tapi perkerjaan yang kamu lakukan itu tidak wajar dilakukan oleh ahli JIM, itu semua angkara JIN.


Jin Insaf Yang Hadir Dalam Pertemuan Sulit di Perth, Australia








Get New Hotmail Notifications and Free Instant Messaging at http://messenger.msn.com/

Reply Reply All Forward Delete Previous Next Close

 
 Inbox   Compose   Addresses   Folders   Options   Help 
Get notified when you have new Hotmail or when your friends are on-line. Send instant messages. Click here to get your FREE download of MSN Messenger Service!
 © 2000 Microsoft Corporation. All rights reserved. Terms of Service   Privacy Statement