Surat dari Sukma Darmawan kepada Anwar Ibrahim

 

Assalamualaikum wr.wbh.

Abang Anwar yang diingati, saya harap Abang Anwar sihat. Saya
Alhamdulillah, sehat. Hanya pemikiran saya saja yang kurang sehat,
kerana saya masih terkenangkan peristiwa pertama-tama ditangkap polis,
dimasukkan ke lokap dan disoal siasat dan yang paling menyedihkan ialah
saya dipaksa untuk mengaku dan menandatangani dokumen2 yang kononnya
saya ada hubongan sejenis dengan Bang Anwar, Azizan dan Meor, serta
Ismail dll. yang saya tidak pernah mengenalinya. Di sini saya ingin
mengambil kesempatan untuk memohon berjuta2 ampun dan maaf karena telah
memburukkan nama Abang Anwar yg mana Abang sendiri tidak pernah
melakukannya. Saya harap Abang dapat mengerti kerana saya terpaksa dan
dipaksa.

Bang Anwar…..maafkan saya?!

Dihari penangkapan saya saya berada di restoran di Lot 10 dg Kak Mala.
Betapa malunya, saya digari tangan dihadapan beratus2 orang dimana saya
tidakpun membuat sebarang kesalahan. Selepas itu saya dibawa ke rumah
saya di Tivoli dan mereka menggeledah rumah saya dan memecahkan pintu
kamar saya. Tak taulah apa yg mereka cari dan telahpun terbukti saya
tidakpun mempunyai atau menyimpan apa-apa barang yang salah disisi
undang2. Akhirnya mereka mengambil passport, & diary (kosong/hanya
alamat) dan album2 lama saya. Kemudian saya dibawa ke Bukit Aman ke
tingkat 11 pejabat Tuan Musa dan Tuan Rodwan. Mereka harus mengisi
borang penahanan saya, tetapi mereka tidak tahu penahanan saya atas
sebab apa. Sebab mereka saling bertanyakan sesama mereka saya ditahan
atas sebab apa?! & setengah jam mereka fikir2, akhirnya mereka menulis
penahanan saya atas sebab tertentu. Yang mana sampai sekarang puas saya
tak tahu. Mereka hanya memberitahu untuk penyiasatan. Begitu juga dgn
mahkamah. Beliau tidak memberi tahu sebab penahanan saya. Saya hanya
diberitahu ditahan di bawah Akta 177 sahaja. Di mana ini berlaku
dikeesokan harinya dan saya tahu benar mereka mengenali sesama-satu dg
rapat (orang mahkamah & Rodwan). Di sini saya rasakan penahanan saya ini
sebenarnya ialah "penculikan". Dihari ke 3 saya dibawa kesebuah bilik di
tingkat 3, di sini saya ditelanjangi (naked) dgn keadaan aircon. yang
sangat2 dingin dan saya disoal siasat dgn cara yg sangat kasar. Dicaci,
dihina, dipukul, ditelanjangi, digari oleh 6 orang petugas. Begitu juga
dg cermin mata saya dilempar dan diketuk2 ke meja dan lantai. Nasib baik
tidak pecah (plastik). Saya tidak dapat berkata apa2 karena hanya tuhan
saja yg tahu betapa sakitnya badan, hati dan pemikiran saya pd. ketika
itu. Saya kembali ke lokap (sel). Di lokap polis2 bertanyakan samada
saya dipukul atau tidak, tapi saya kata tidak, padahal betapa sakitnya
badan saya ketika itu. Saya takut menceritakan keadaan sebenar (dipukul)
kpd polis di lokap. Takut salah dan takut dipukul lagi. Asma saya pun
kambuh lagi dg teruk, kerana pd waktu itu saya hanya memakai seluar
dalam saja dg keadaan yang dingin dan lembab di sel (lokap).

Keesokan harinya saya ditemukan dgn seorang doktor forensik untuk
pemeriksaan DNA kononnya. Sekali lagi saya ditelanjangi (naked) di
hadapan pegawai dan difoto. Mereka mengambil darah saya (tiga botol),
rambut saya dan rambut ketiak & kemaluan, tapi yg paling menyedihkan
mereka menyuruh dokter TSB untuk memasukkan tangannya (3 jari) ke dalam
dubur saya. Ya…Allah, sakitnya! Kemudian saya dibawa ke bilik siasat
lagi. Di sini saya dipaksa lagi untuk bercerita mengenai hubungan saya
dgn Bang Anwar. Padahal saya telah jelaskan dg sebenarnya bahwa Bang
Anwar bukan sekadar Abang Angkat tapi sebagai ayah saya sendiri. Tetapi
semakin saya bercerita benar, mereka semakin ganas terhadap saya, dgn
memberitahu saya akan ditahan di bawa Akta ISAm mereka boleh simpan
peluru dirumah atau dikereta saya ataupun mereka boleh membeli 1 peluru
untuk menembak saya. (Katanya, peluru murah aje…45 cent). Ataupun saya
bercerita kpd mereka dan akan dibebaskan minggu depan. Dari sinilah
bermulanya reka2an cerita saya. Semakin saya reka semakin bahagialah
mereka. Saya katakan saya ada hubungan dengan Abang sejak mula saya
datang ke K.L. sehinggalah ke bulan April yg lalu. Mereka sangat sibuk
menulis cerita rekaan saya seolah-olah mereka sedang menyiapkan novel.
Dari mula inilah saya dibukakan gari tangan, dibenarkan memakai baju,
diberi makan & minum yg enak dan rokok, dengan satu "harapan" saya, saya
akan dibebaskan minggu depan.

Setelah seminggu berlalu, mereka masih tetap tidak membebaskan saya dg
alasan kerja2 belum siap. Rupa2nya mereka masih belum puas dg cerita
rekaan saya itu. Disinilah saya disangkut pautkan dengan nama2 seperti
Azizan dan Ismail dan banyak lagi nama2 termasuk semua staff saya baik
lelaki maupun perempuan. (Mereka ini benar2 gila!) dan arwah Tan Sri
Yahya (sedih saya dibuatnya) tetapi akhirnya mereka memutuskan untuk
bercerita mengenai Azizah dan Ismail. Bermulalah cerita rekaan saya lagi
sampai mereka pun naik birahi. Dan mereka, terutamanya Rodwan
berpuluh-puluh kali agar saya bercerita soal Azizan dg secara
terperinci, seolah-olah kita buat bertiga. Setiap kali mereka menyiapkan
novelnya, saya sentiasa bertanya bila nak bebaskan saya dan jangan
"charge" saya di mahkamah. Mereka hanya jawab, besok…besok…dan besok!
Dan mereka bersumpah tidak akan "charge" saya. Hanya dua hari lagi
tahanan reman saya akan berakhir. Rodwan datang menemui saya di lokap
dan memberitahu saya akan dibebaskan besok dg (satu) syarat saya
hendaklah membuat confession (pengakuan) di hadapan Hakim dan harus
dititikberatkan (detail) mengenai cerita hubungan bertiga dg Azizan (He
said: Please….please….very very detail). Maka terhasillah pengakuan saya
dihadapan Hakim (dimana mereka juga kawan rapat Rodwan & Musa, melalui
telefon dan perjumpaan dihadapan saya).

Tetapi dasar mereka licik, jahat, penipu dan kejam, dihari2 terakhir
(Sabtu) saya dipanggil Tuan Musa untuk charge saya di court. Menurutnya,
saya telah membuat kesalahan melakukan hubungan jenis dg you & Azizan.
Di sini saya meminta kebenaran untuk tel. Family untuk panggil lawyer.
Dia cakap "kamu sudah ada lawyer Ganesan, tapi saya tak benarkan karena
Ganesan telah curi Ismail". Dia juga berkata: "Kamu ada lawyer Zulkifli
Nordin yg dilantik oleh kakak kamu, tapi kalau gunakan Zulkifli saya
akan charge kamu di Alta 377A & B (minimum 5 tahun dan sebat) tetapi
kalau gunakan lawyer saya (Polis) awak akan dicharge 377D (minimum 1
hari penjara dan denda)". Dan dengan syarat saya harus mengaku salah,
kalau tidak mereka akan tangkap lagi dan charge 377A kes dg Azizan. Dan
kalau saya cakap2 atau meminta rayuan kepada lawyer2 sendiri atau
lawyer2 Anwar saya akan dicharge lagi dgn 377B. Dari sebab inilah saya
mengaku salah di mahkamah, di mana saya terus ditipu bukan 1 hari
penjara tapi 6 bulan.

Dari sini saya sudah bertekad untuk melantik Karpal Singh (lawyer) sbg
peguam saya mewakili kes saya. Tapi saya tak berkesempatan untuk
memberitahu sesiapa. Saya ada berjumpa Karpal Singh di Kajang (kes orang
lain). Ingin rasanya berjumpa dgnnya dan terus melantiknya, tapi tak
sempat sebab pegawai dari Bukit Aman datang untuk mengambil saya.
(Karpal pun melihat pd. masa itu).

Setelah 3 minggu berlalu, keluarlah cerita baru, yaitu Meor, dimana
beliau terpedaya seperti saya, tapi dia lebih teruk kerana dia lebih
lemah dari saya. Yang saya marah dengan Meor ialah dia membabitkan nama
saya (dipaksa oleh Polis). Jadi di sini saya menjadi saksi mereka dan
dipaksa agar menceritakan keterbabitan saya. Dimana saya hanya mengenali
beliau 5 tahun lalu sebagai tukang jahit dan memperkenalkan pada Kak
Izah. Itu saja.

Hai….tak taulah kenapa mereka begitu kejam terhadap Bang Anwar.

Hmm…disinilah saya sekrang (sel no.8) tetapi saya sangat dimanja oleh
tuan2 tingkat 11 kerana mereka masih memujuk untuk menandatangani report
polis yg saya tidak melantik mana2 lawyer. Dan mereka mengharapkan saya
sebagai saksi mereka dlm kes you tapi sampai sekarang saya tidak mau
menanda tangani apa2 lagi form. Serik! Jadi saya dibawa jalan2 ke Melaka
(shopping), Jasin makan ikan bakar, ke pantai sampai jam 2 pagi. Gila!
Saya dipaksa pakai topi supaya tidak dikenali. Minggu depan saya mau
dibawa ke Trengganu atau Bandung-Ind. Untuk 3 hari cuti bersama mereka
di kampung saya. Tapi saya tidak mau pergi. Sakit hati saya.

Sampai disini sahaja. Banyak lagi cerita yg menyakitkan yg saya tak
sempat ceritakan disini. Saya rindu family kita. Take care!

Sembah sujud penuh kemaafan,

Tandatangan