Make your own free website on Tripod.com
Assalamualaikum..

Terlebih dahulu..kami ingin memperkenalkan diri kami..kami adalah
sebahagian golongan pelajar/mahasiswa negara gabungan beberapa IPTA/IPTS
tempatan dan juga bebrapa kolej2 swasta di negara ini..
Diketahui umum..pemecatan DS Anwar Ibrahim merupakan isu paling hangat
dan sering diperkatakan dan banyak kontrevesi yang timbul akibat
daripada peristiwa ini.Dan kami rasa,kami sebagai pelajar juga mempunyai
hak untuk menyuarakan pendapat kami masing-masing mengenai isu ini.
Secara rasminya..kami golongan terpelajar tanah air ini menyuarakan rasa
TIDAK PUAS hati kami dan kami MEMBANTAH 100% pemecatan DS Anwar ini.
 

Sebelum kami memulakan pendapat kami..kami ingin memohan maaf sekiranya
terkasar bahasa atau di anggap biadap , tetapi ketahuilah..kami,pelajar
juga mempunya perasan dan jika anda semua tau atau tidak..golongan
pelajarlah antara yang mendapat kesan yang paling teruk!
 
 

Kepada YB Dato' Seri Najib Tun Razak,
Menteri Pendidikan Malaysia
 
Dato',

Nampaknya  dato' juga terlibat sebagai kaki mengampu PM..sikit2 kata
"yes"..jadi tukang angguk PM..sedarlah sikit..bukankah dato' ni menteri
pendidikan? Yang akan mencorakkan pendidikan negara kita kelak?kalau
Dato' berperangai macam sial..macamanalah nanti corak pendidikan negara
kita?
Dan Dato'..TOLONGLAH jangan  UGUT kami..daripada terus menperjuangan
serta menegakkan keadilan sejagat..kalau golongan kami ini berdiam
lagi..golongan mana lagi yang perlu memastikan keadilan ditegakkan?
Presiden Suharto meletakkan jawatn dan kini disandang oleh presiden baru
adalah kerana rusuhan PARA PELAJARNYA yang lantang membantak
pemerintahan Suharto tersebut dengan kerjasama rakyat jelata yang lain.
TOLONGLAH jangan ugut dengan memberi amaran
sikit2 TARIK biasiswa..sikit2 buang pengajian? Bukankah duit
biasiswa(opss!! sekarang mana ada lagi biasiswa? Pinjaman aje!pelajar
kena bayar balik!!!!lupa plak!) tu hak rakyat? Abis tu macamana pula
Dato' boleh berani pulak nak main tarik2 biasiwa konon!!macamlah duit tu
duit Dato! satu lagi buang pengajian..orang susah2 bertungkus lumus
bersengkang mata, berusaha bertahun2 semata2 untuk memasuki IPT..senang2
je Dato' nak tendang! banyak cantik!!Ingat senang ker? Mak bapak
bersusah payah mencari duit..dato' senang2 pulak nak tendang! Taulah
yang Dato'  tu anak orang berada..naik pun sebab ayah Dato'
sendiri..Dato' tak pernah merasai kesusahan para pelajarnya.Kerana apa
Dato' buat begini? Semata-mata kerana TAKUT para pelajar akan
memberontak.TOLONGLAH DATO'..kitaorang para pelajar SUDAH BOSAN! MUAK!
MUAL! NAK MUNTAH! FED-UP! yang teramat sangat UGUTAN Dato' ! Balik2
UGUTAN yang sama diterima..come-onlah..kitaorg para pelajar boleh pikir
sendiri..
Lagipun..HANYA SEBILANGAN kecil sahaja pelajar yang dapat
biasiswa(opss!!lupa lagi.Pinjaman!!!!) kerajaan..yang lain-lian tu bayar
sendiri? apapasal ek? oh ya..mana kerajaan ada duit kan? Mana
taknya..rumah PM saja dah RM200 juta..kalaulah bagi bantuan pada para
pelajar..fuh! boleh menambahkan bilangan graduan kat negara kita ni..tak
perlu susah2 nak import tenaga mahir dari luar..tenaga mahir dalam pun
ramai jugak!
Berbalik kepada Dato'..tolonglah jangan ingat kitorang ini
tolol..dungu..kepala angguk aje..kitaorng ada otak! boleh fikir
sendiri..keperitan sebagai pelajar bawah kelolaan ato' telah cukup
mengajar kami mengenal erti budi menteri2 tanah air kita.
Dato'..cuba fikirkan..Dato' kata(menuduh lagi tepat!!) para pelajar kita
telah dipergunakan @ diperalatkan oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan
tertentu..macamlah para pelajar ini biul sangat macam angin ditiup
lalang! kalaulah para pelajar seperti yang Dato' katakan..habis,bukankah
Dato' sendiri adalah Menteri Pendidikan..dimana Dato' adalah yang
menggubal sisitem pendidikan di negara ini?Maknanya Dato' GAGAL
mejalankan TANGGUNGJAWAB SEBAGAI MENTERI dan kalau dah gagal tu..bawak2
lah berundur! Tidak sedarkah Dato' sebenarnya membuka pekung di
dada?Habis sistem pendidikan yang Dato' gubal selama ini tidak
berjayalah?
TOLONGLAH...janganlah buat statement yang ntah apa2 ntah..yang BOSAN
KITAORANG dengar..bukan para pelajar aje..tapi para pendidik sepergi
guru serta pensyarah2..DAH MUAK dan BOSAN!!
dan sekali lagi TOLONG JANGAN UGUT KAMI..macamlah kitaorang takut!
Dengan ini..kami ,PARA PELAJAR

MENYOKONG REFORMASI DAN SEGALA BENTUK TINDAKAN UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN
SEJAGAT.

Oh ya! TIDAK LUPA JUGA MENGGULINGKAN KAKI2 AMPU PM SEPERTI....  (Eh?!
Boleh cakap ker?kang kena tarik pinjaman pulak karang! takpun buang
pengajian..takpun  ISA??Syyyyyy!)
Berhati2lah kerana para pelajar turut memgikuti perkembangan semasa
tanahair melalui apa media pun.

wassalam
Sekian..terima kasih..(:
 
 

Surat Kepada Menteri Belia dan Sukan

Ni lagi satu kalau boleh nak bagi pendapat. Frankly speaking lah kan,
Dato', cukuplah dengan Sukan Komanwel ke-16 baru2 kita anjurkan..tak
perlulah nak sibuk2 anjurkan Sukan Olimpik pulak? Dato' tau tak betapa
kitaorang MELUAT masa tu bila Dato' buat staetment yang kita akan apply
for anjurkan Sukan Olimpik pulak..masa tu Komanwel belum start lagi.
Betapa marahnya kami sebab belum pun Sukan Komanwel start..Dato' dah
mula dah nak anjurkan Sukan Olimpik pulak.Bukan kitaorang takde
keyakinan atau semangat kesukanan(Majulah Sukan untuk Negara!)tetapi
tidakkah Dato' tau betapa PERIT DAN TERSEKSAnya rakyat BERTUNGKUS-LUMUS
untuk menjayakan Sukan Komanwel tersebut? Kesan yang tampak nyata ialah
para pelajar.Kami menyuarakannya kerana kami TELAH MELALUI/MERASAI
KEPERITAN yang TERPAKSA TENAGA KAMI DIKERAH UNTUK MENJAYAKAN SUKAN
KOMAWEL TERSEBUT.

Kesan yang paling ketara ialah PARA PELAJAR UNIVERSITI PUTRA
MALAYSIA(UPM). Ada diantara kami adalah penuntut tersebut. Taukah
saudara/tuan2 pembaca betapa TERSEKSANYA..PERITNYA hidup pelajar UPM
kerana sejak kemasukan mereka semasa semester Mei lepas..langsung TAKDE
AIR!!UPM KERING KONTANG!!!!!!!!!! kerana apa? kerana UPM
paling dekat dengan Stadium bukit jalil dan berdekatan dengan
perkampungan komanwel..diorang(hey..kerajaanlah!sapa lagi??)
'reserved'kan air-air tersebut untuk para perserta2 yang mengambil
bahangian dalam acara tu. Dan kesannya pelajar2 UPM terseksa selama
lebih kurang 41/2 bulan!Mana taknya? Bayangkan takde air..pagi2 lagi
kena angkut 2-3 baldi air dari tangki lori air..bawak pulak ke asrama
masing..belajar pun terganggu sebab teringatkan air belum ambik
lagi..habis tu,camna lak nak mandi esok pagi? dah angkat penat
pulak(yelahkan..2-3 baldi!everyday..mana larat beb!) camna lak nak
belajar?Exam dah nak dekat? terpaksa la pulun dan bersengkang mata.
Betapa seksanya kami..tapi apakan daya untuk negara jugak.Ini turut
dialami oelh rakan kita di UKM walaupun takseteruk UPM.
Lagi satu..Sukan Komawel ni effect cuti. Dah la syllabus tak habis..tup2
cutri bertukar pulak. Ini memeningkan pensyarah kerana syllabus belum
habis kerana cuti dah tukar waktu lain pulak.
Para pelajar yang menjadi sukarelawan..terpaksa telan air liur sebab
rite after Sukan Komawel..terus exam!pulak! takpe kerana uuntuk negara
tercinta..rela berkorban.. tapi bila Dato' buat kenyataan pasal nak
anjurkan Sukan Olimpik, terus kesabaran kami tercabar!
kalaulah Malaysia berjaya mendapat hak utk anjurkan Olimpik..tak taulah
macamana!! Sukan Komanwel yang diangotai oleh sebilangna negara saja pun
dah cukup perit..(membazir pulak tu!! MAS catering bukan main lagi
sediakan makanan lazat 24-hours a day kat para peserta...kalaulah
diorang buatkan macamtu untuk orang2 miskinkan bagus!) apatah lagi kalau
Olimpik yang akan DIHADIRI OLEH SELURUH/SEGENAP NEGARA DI DUNIA INI?
boleh pikir sendirilakan?(itupun  kalau ada otakla!!)
habis bertambah sesak/jamlah traffic kat KL ni..nak naik LRT/STAR mahal
sangat pulak..bas jugak  yang menjadi pilihan..bas intrakota pulak makan
duit rakyat..bukannya nak bagi balik duit sepulah sen balik..habis
itupun nak di sapunya jugak!!!Alahaiiiii.......!!
Lepas ni..tanah kerajaan negri mana pulak nak menapung buat stadium?
Stadium Bukit Jalil yang menelan..fuh! berBILION2 ringgit HANYA UNTUK
DIGUNAKAN SELAMA 2 MINGGU sahaja! lepas tu..GERAK  nak mintak anjurkan
perhimpunana AMAN tak kasi pulak..abis tu..stadium tu nak di gunakan
untuk apa? Tak ke membazir tu?kalau sukan olimpik pulak?! hish!
tolonglah..hal2 macam ni boleh fikir sendiri..
lebih baikla duit tu dilaburkan untuk biasiswa pelajar ker..takpun
pinjaman jadilah..kitaorang bayar balik bila dah bekerja nanti..paling
tidak pun buatlah banyak2 rumah kos rendah..ini untuk rakyat
jugak..ramai..bukan untuk kepentingan beberapa orang aje..akhirnya..para
pelajar/rakyat2 ini jugaklah yang akan menyumbangkan kemakmuran serta
pendapatan ekonomi negara kelak.

Tolonglah fikirkan semua in..janganlah mengambil kepentingan peribadi
sahaja.jalankanlah tanggungjawab dengan sepenuhnya.kami menyuarakan
pendapat kami ini supaya moga2 ada pihak yang sedar dan mengambil
tindakan yang sewajarnya.Bukan apa..kami sedih kerana golongan seperti
kami ini diperkotak-katikan seolah-olah diambil mudah sahaja. Tidakah
anda semua baca runagan Forum utusan malaysia atau mana2 ruangan
pendapat di mana para pelajar sana sini tak habis2 meraya agar diberi
pinjaman yang sewajarnya.
Contonya rintihan pelajar USM di runagan forum Utusan Malaysia minggu
lepas..para pelajar tajaan MARA  mendapat elaun bulanan yang amat
sedikit.Setiap bulan tajaan MARA( sebahagain besar kami  adalah di bawah
tajaan MARA) akan mendapat RM140 sebulan!!!!!!Alahai....tolonglah..duit
makan sehari dah menjangkau RM4-6 sehari!!seminggu katakanlah dah RM 100
lebih..habis tu duit buku2, fotostate? Bukannya free..sikit2 bayar!
Yuran pengajian dahlah di naikkan!!!!Kitaorang bukannya makan sedap
sampai mahal begitu sekali..tetapi pihak kantin pulak kesempatan harga
mahal! Sebabya para pelajar takde pilihan lain sebab duduk dalam
kampus.Kalaula duit2 yang dibazirkan itu seperi rumah PM  RM200 juta tu
(hai..rumah kata pergi kubur kata mari pun nak buat mahal2?memang dasar
orang nyanyuk dan Rakus!!!!!!!hey!!!!!!apa dah jadi dengan slogan
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA?? PM kita sendiri pun beli satin mahal2
diimport khas dari Paris!!Apa, ingat kain satin tempatan tak cukup bagus
ker?Banyak cantik!rakyat di suruh beli barangan tempatan..dia pulak
barangan import!dasar putar belit!!), takpun nak tolong bail-out renong
tu pasal apa?bukannya sikit!berbilion! panas telinga kitaorang
dengar..yang si Mirzan tu habiskan duit pergi judi kat Hong Kong buat
apa? Kan dah susah kena tolong selamatkan hutang..kalau duit sendiri
takpe jugak! Ni duit KWSP yang mak bapak kakak abang kitaorang dari dulu
dok menyimpan pulak yang kena rampas!!!!!!!penat2 je ...kalau
difirkan..memang sakit hati!!!!!!!

So...kitaorang stop sini dulu..sorrylah kerana sejak peristiwa DS Anwar
dipecat dahulu..golongan pelajar seakan senyap aje..bukan apa..mas atu
kitaorang para pelajar sibuk dengan jadual peperiksaan akhir masing2,
tapi sekarang kitaorang dah start cuti(kecuali ITM yang masih exam
lagi..that's alrite..biar budak2 IPT  lain uruskan,examlah dulu..lepas
exam boleh join sekali kami untuk menegakkan keadilan)  jadi
berjaga2lah!!

sekian..
wassalam (:

para pelajar

UP/K/U/T M UIA, UM..Uniten..UniPet..UMS..
KYPM,Kolej Taylor,Kolej Sunway,KMS