SURAT SIAL ANUAR TAHIR

Komentar 13/2/2000

Banyak surat yang telah di "scan" hasil nukilan Anuar Tahir. Namun hipokrasi yang tertera dalam surat itu menyemarakkan bukan demokrasi tetapi kemarahan Komentar. Komentar pantang melihat surat-surat Anuar Tahir yang selalu dengan ungkapan " Salam Keadilan" dan "Salam Perjuangan" tetapi tidak pernah satupun keadilan yang dipertunjukkan. Adakala dalam membaca surat dan hantaran email Komentar terasa untuk membuka segala keburukkan yang melampaui batas kesabaran. Jelas tulisan-tulisan Komentar dan pendedahan Komentar yang terhad ini disambut dengan kezaliman dan kekejaman perlakuan mereka kepada ahli dan reformis.Mereka seolah-olah mencabar Komentar untuk terus membuka segala-galanya sehingga kepada keburukkan perlakuan dan pertadbiran kewangan. Kewangan adalah perkara terlalu sensitif. Kedudukan dan perbelanjaan serta mainan politik wang hampir menjerat kebanyakkan MPT sehingga kepada orang yang kita agungkan dalam perjuangan laungan Sdr Anwar Ibrahim. Apakah ini perlu dilakukkan. Apakah perlu disenaraikan segala-galanya sebelum mesej yang menunutut satu siasatan terperinci dibuat dalam parti. Anuar Tahir khususnya dengan berpandukan perlembagaan mencemar erti keadilan sebenarnya. Kebodohan Zainur Zakaria boleh disiarkan dengan bukti-bukti kukuh melalui mesyuarat dan arahan beliau. Apakah ini perlu? Apakah dengan pendedahan sedikit dari Komentar ini tidak membuka mata mereka untuk menunjukkan keadilan. Malah mereka masih mencabar sebagaimana Mahathir mencabar kita.

JANGAN SAMPAI CABARAN DISAMBUT KOMENTAR