TERIMA KASIH KEPADA KEPIMPINAN PAS

Komentar 14/3/2000

 

Hari ini Komentar terserempak dengan kepimpinan PAS di Jalan Pahang berhadapan dengan Kedai Harakah. Begitu bergaya dan segak kepimpinan PAS terdiri dari Ustaz Fadhil Noor, Dr Hatta Ramli , Datuk Hassan Ali ,Datuk Kamaruddin Jaafar dan Sdr Mahfuz . Sempat juga Komentar bersalaman dengan mereka. Walau apa pun yang lebih mengharukan Komentar adalah kehadiran kepimpinan PAS memberi sokongan kepada Reformis-reformis yang diminta hadir di IPK ( Polis) Jalan Hang Tuan jam 2.00 pm tadi. Reformis-reformis tersebut diminta hadir untuk membantu siasatan kes perhimpunan 11/3/2000 ( Masjid Negara). Kehadiran kepimpinan PAS ini menunjukkan betapa prihatin mereka terhadap mereka-mereka yang memperjuangkan agenda menuntut keadilan dan agenda rakyat. Komentar mengucapkan syabas dan terima kasih atas kehadiran Yang Berhormat sekelian.

Komentar juga memaafkan  Anuar Tahir dan kepimpinan keADILan yang lain kerana tidak sempat hadir untuk memberi sokongan kerana sibok dengan agenda politiknya untuk menjadi menteri suatu hari nanti. Maklumlah  pilihanraya dalaman Parti Keadilan Nasional dah hampir tiba. Mereka reformis yang diminta hadir ke balai polis tentu-tentu bukan antara pengundi dalam parti.

Syabas Anuar Tahir.

 

Komentar