SELAMAT TINGGAL YUSOFF RAHMAN

Komentar 23/3/2000

 

Kegiatan Anuar Tahir berjaya lagi. Awang Pon bersedia mengambil tempat Yusoff Rahman. Anuar Tahir berjaya mencaturkan politik Sarawak dan berjaya menolak arahan Anwar Ibrahim. Biro Politik telah bersetuju dan akhirnya tanpa kehadiran Yusoff Rahman untuk membela diri atau memberi penjelasan beliau tersingkir. Arahan Presiden Datin Wan Aziziah di ketepikan Anuar Tahir. Agenda Anwar Ibrahim nampaknya terus ditolak dan diketepikan. Kita lihat agenda penyatuan PRM dengan keADILan. Agenda ini sedang diusahakan untuk ditolak oleh Chandra dan Anuar Tahir. Datin Presiden terus berdiam. MPT lain terus membatu biarpun kalangan mereka tidak bersetuju dan mahukan agar Chandra dan Anuar Tahir meletak jawatan. Tidak siapa dari kalangan MPT berani bangkit menentang pencerobohan agenda asal reformasi. MPT terus menerus bersikap seperti ahli-ahli UMNO yang tahu kepincangan tetapi terus akur. Masa akan menentukan kebenaran. Masa akan menyaksikan perpecahan keADILan kerana MPT terus menerus nampak tetapi memejamkan mata dan memekakkan telinga. Nanti bila semua telah kelewatan barulah tindakan mahu diambil. Datin Presiden jangan kesal sekiranya apa yang disajikan oleh Komentar kelak nampak kebenaran lalu usaha kita membebaskan Sdr Anwar Ibrahim terbantut. Jangan kesal keadilan yang dituntut kelak menampakkan kepincangan biar dalam keADILan sekali. Jangan kesal kiranya perjuangan ini berlalu tanpa sebarang impak kerana kita tidak mahu dan tidak berani bangkit mempersoalkan kepimpinan.

 

Selamat Tinggal Yusoff Rahman

 

KOMENTAR