keADILan TERENGGANU BERGOLAK KEADILAN TERANIAYA

Komentar 8/2/2000

Laman Forum Komentar telah dikejutkan dengan satu kenyataan dari Ahli keADILan Terengganu. Dimaklumkan kepada Komentar bahawa Terengganu kini telah mula bergolak dan pergolakkan ini nescaya membawa kepada pemecahan keADILan Terengganu. Dimaklumkan bahawa telah mula ada penentangan terhadap Ketua Perhubungan Negeri Terengganu yakni Sdr Rahman Yussoff. Komentar dimaklumkan melalui forum tersebut bahawa Ketua Perhubungan Negeri Terengganu telah memecat 4 Ketua Bahagian termasuk Setiausaha Perhubungan Negeri. Hasil pemecatan ini maka krisis yang berakar melalui ketidakpuasan sebelum pilihanraya kini merebak melampaui melepas pilihanraya. Antara Ketua Bahagian yang telah digugurkan adalah Ketua Bahagian Kuala Brang, Marang,Setiu dan Dungun. Penguguran ini telah ditentang oleh mereka dan dimaklumkan pula kepada Komentar oleh satu lapuran bahawa terdapat beberapa justifikasi yang diberi dan dinilai sebelum tindakan penguguran diambil oleh Ketua Perhubungan Negeri. Dimaklumkan kepada Komentar juga pergeseran ini terus menjadi hebat setelah mula campur tangan Sdr Anuar Tahir yang secara drastik memang berhajat untuk memporak perandakan keADILan Terengaanu. Komentar telah menerima dua lapuran berasingan dan salah satu lapuran tersebut menamakan peranan Sdr Anuar Tahir. Krisis ini boleh diselesaikan tetapi nampak gayanya apabila sampai Sdr Anuar Tahir maka yang keruh bertambah keruh dan yang kucar bertambah kacirnya. Alahai Anuar Tahir, jangan sampai Komentar terpaksa membuka agenda Sdr yang dari awal yakni sebelum pilihanraya dan niat cadangan pemancungan Sdr yang telah terancang di Terengganu.

Walauapapun dua lapuran ini termasuk satu dalam forum ini masih dalam perhatian kami. Komentar dimaklumkan bahawa satu mesyuarat MPT akan diadakan bagi membincangkan masalah ini. Tetapi seperti keselaluannya mesyuarat ini akan berbincang sesama mereka dan kemudian mengeluarkan arahan tanpa kompromi dengan mana-mana pihak. Kalau ada pun kompromi,mereka akan berkompromi kepada pihak yang dirasakan ada kepentingan untuk mereka. Tak gitu Anuar Tahir.

Komentar percaya kepada keadilan. Oleh itu Komentar meminta agar Sdr yang menghantar lapuran melalui forum tersebut mengariskan secara mendalam kedudukan Terengganu. Komentar juga meminta mereka yang memberi lapuran tentang peranan Anuar Tahir dan justifikasi penguguran Ketua Ketua Bahgian tersebut membaca Laman Forum Komentar bagi mendapatkan makluman lapuran tersebut. Komentar percaya sekiranya campurtangan Anuar Tahir tidak wujud keadaan akan lebih mudah dikompromi. Anuar Tahir dah la tu.

 

KOMENTAR.