BENARKAH SABAH TELAH MULA TERPENGARUH DENGAN KEMPEN DR MAHATHIR?

JANGAN TERPEDAYA

Mungkinkah lambaian terakhir Mahathir di Sabah ?

Kami percaya rakyat Sabah tidak akan menerima kepimpinan Dr Mahathir Mohamed.Janji pembinaan Universiti adalah kempen dan janji pembangunan kepada Sabah adalah bagi membawa pembangunan yang akan menguntungkan lagi kroninya. Asasnya perlu ingat , pembangunan bukan datang dari Barisan Nasional. Pembangunan Sabah datang dari hasil rakyat dan kekayaan negeri Sabah. Barisan Nasional cuma mahukan kuasa mutlak sekarang ini. Kuasa yang ingin diperolehi oleh Mahathir ini akan digunakan untuk menutup kesalahan dan kepincangan yang dilakukan. Rakyat Sabah harus melihat perlakuan mereka di Semenanjung. Bagaimana Mahathir bertindak tanpa asas dan bukti terhadap Anwar Ibrahim. Perlukan rakyat Sabah pemimpin sedemikian?

Rakyat Sabah perlu lihat bahawa tempat Mahathir di Semenanjung telah mula goncang dan pasti setidak tidaknya beliau akan tersingkir dari terus memerintah .

Rakyat Sabah bangkitlah dan usahakan agar Mahathir tidak lagi memerintah dan kerajaan Barisan Nasional kalah gara gara kedegilan Mahathir dan kebodohan pemimpin yang masih lagi menyokong beliau.