UMNO SEDAR MEREKA TEWAS

 

Benarkah kalangan ahli UMNO telah sedar bahawa peluang mereka dalam pilihanraya ini adalah tipis. Mereka sedar bahawa kalangan mereka yang masih dalam UMNO tidak lagi mempercayai pucuk pimpinan mereka dan sekarang telah diresapi tuntutan reformasi. Hanya masa dan ketika pilihanraya menjadi penentu mereka untuk meruntuhkan UMNO hasil dari perbuatan golongan konspirasi keatas Anwar Ibrahim. Cawangan UMNO kalau mahu dikira sepatutnya dibubarkan kerana kurangnya sambutan dan kehilangan ahli. UMNO Bahagian Ampang Jaya terus lumpuh. UMNO Cawangan Pandan Indah hanya wujud berpandukan bendera dihadapan rumah kos rendah Ketua Cawangan yang sekarang telah diubahsuai sehingga jelas rumah itu bukan lagi rumah kos rendah. Kenapa mereka yang telah tahu bahawa kekalahan semakin hampir tetapi masih berpegang kepada UMNO ? Hanya satu jawapan yang pasti, mereka telah menerima peruntukkan dan takut akan diperlakukan sama dengan golongan reformasi yang ditindas dan dihina. Mereka tahu dan merka mahu pembaharuan. Mereka tahu ketidakadilan dan kezaliman perlakuan kepimpinan mereka. Mereka pasti akan berpaling dari UMNO dan UMNO akan hanya tinggal sejarah. Walau apa pun mereka masih risau dan takut menyatakan sokongan secara terbuka. Kita saksikan nanti pilihanraya akan datang.

 

Keadilan pasti tiba.