NASIHAT KEPADA TIEN CHUA

Komentar 17/2/2000

Komentar tidak selalu menceritakan kabar angin atau berita tanpa asas dan justifikasi yang tepat. Apapun terkadang Komentar terpaksa agar perkara itu tidak berlaku kerana niat melakukan keburukkan tersebut terhalang kerana ianya sudah diketahui. Dari itu Komentar ingin meminta Sdr Tien Chua melihat senario politik ini dengan lebih terperinci lagi. Komentar sedar akan usaha dan jasa Tien kepada reformasi dan sekarang terbabit pula dalam kancaj politik. Komentar berani memberi jaminan bahawa niat perjuangan Tien baik sewaktu berreformasi sehingga kini dan perjuangan sdr lebih telus dari yang lain. Komentar percaya usaha-usaha sedang dijalankan agar Sdr Tien Chua terus menyertai puak mereka. Tien Chua adalah pejuang reformasi jalanan. Keberanian beliau tidak ada tolok bandingnya. Sekiranya beliau memihak kepada kem tertentu semestinya ini memberi "advantage" kepada kem tersebut. Tien Chua berhati-hati. Komentar percaya bahawa agenda sdr masih suci dan masih telus. Jangan belajar politik murahan mereka.

Komentar