MAHATHIR MOHAMED KECEWA DENGAN SIKAP KPN

 

Mahathir dilapurkan kecewa dengan sikap KPN kerana memukul Sdr Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan di Bukit Aman. Dilapurkan juga bahawa Mahathir memberitahu terpulanglah kepada Peguam Negara untuk ambil tindakan. Bermula dari 28hb Februari 1999 sehingga kini 3hb March 1999 tidak ada sebarang tindakan lagi diambil keatas KPN. Kemungkinan mereka masih menunggu keputusan dari Siasatan Suruhanjaya DiRaja. Walauapa pun memandangkan KPN mengaku memukul Sdr Anwar maka Polis seharusnya membuat penahanan kerana Suruhanjaya tersebut tidak diperuntukkan untuk membuat keputusan pendakwaan. Kesalahan KPN telah diakui tetapi tindakan masih belum diambil. Apakah kecekapan polis cuma ada apabila kes kes melibatkan tuduhan keatas Sdr Anwar?

 

Mana dia Abdullah Badawi?

 

Dalam melihat perkembangan kes Abdul Rahim Noor memukul Sdr Anwar , Abdullah Badawi masih sibok dengan kerjanya untuk memastikan BN menang dalam pilihanraya. Tidak terdapat sebarang ulasan mengenai kes tersebut dibuat oleh beliau. Beliau selaku Menteri Dalam Negeri sekarang ini sepatutnya merombak semula Polis DiRaja Malaysia memandangkan semua kakitangan kanan mereka terlibat secara langsung atau tidak dalam menyembunyikan kes pemukulan Anwar Ibrahim . Rombakan ini perlu sealiran dengan matlamat beliau untuk mengadakan konsep mesra.

 

Mahathir kecewa?

Mahathir dalam akhbar The Star menjelaskan kekecewaan beliau atas tindakan KPN. Dalam memberi ulasan beliau sempat juga memberitahu bahawa Sdr Anwar mempunyai hubungan rapat dengan golongan berpengaruh dari Barat. Secara tidak langung Mahathir masih lagi mahu menuduh Sdr Anwar Ibrahim sebagai ajen Barat.

 

TANGKAP KPN SEKARANG!