KOMENTAR MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA MAHAZALIM DAN PRIORITY 1(nama sebenar di tahan oleh Komentar)

Komentar 27/1/2000

Tahniah dan Terima Kasih diucapkan oleh Komentar kepada pengusaha Laman Utama Reformasi yakni MAHAZALIM kerana bersikap berani menyiarkan artikel Komentar bertajuk "Chandra biadap" . Ini membuktikan bahawa kita sama-sama mempunyai satu agenda menuntut keadilan dan berani menyuarakan desakan keadilan dimana-mana baik dalam parti sendiri.Kita telah diasuh oleh laungan REFORMASI Sdr Anwar Ibrahim untuk bertindak berani,tanpa kompromi bilamana perkataan keadilan disebut. Kita harus berani dan Laman Sdr telah menunjukkan bahawa Sdr juga tidak berkompromi dengan agenda utama kita yakni menuntut keadilan dan menghapuskan budaya kronisma,nepostisma dan korupsi. Ini menjelaskan kepada kita satu perkara, sekiranya Barisan Alternatif memerintah kita akan pastikan keadilan disemua peringkat termasuk diperingkat kepimpinan tertinggi. Inilah yang menjadikan perjuangan kita perjuangan tulen beragendakan hak dan suara rakyat suara keramat. Ini membuktikan bahawa kita tidak membiarkan mana-mana individu bertindak untuk membelangkangi laungan keadilan. Kita buktikan kepada rakyat bahawa sekiranya penyelewengan, kezaliman,ketidakadilan dan budaya tohmahan/fitnah berlaku diperingkat tertinggi pun,mereka tidak akan lepas dari diadili oleh RAKYAT. Parti ini parti milik rakyat yang menyedari hakikat bahawa keadilan terpenjara sebagaimana Sdr Anwar Ibrahim dipenjara. Rakyat tersiksa sebagaimana Sdr Anwar Ibrahim disiksa semasa dalam tahanan. Parti ini adalah hasil desakan rakyat dan patutkan kita berkompromi dengan agenda menuntut keadilan semata-mata kerana kita takut kepada beberapa kerat kepimpinan ini akan mengugut perjuangan kita. Tidak agenda menuntut keadilan tidak boleh diperkotakkatikkan oleh mereka yang hanya mahukan kuasa dan bertindak membelakangi keadilan. Semua bentuk kekejaman dan ketidakadilan ditentang. Ini lah perjuangan kita. Inilah agenda kita dan inilah yang rakyat mahukan. Kita biar rakyat mengadili semua ini kerana perjuangan kita ini adalah untuk membela nasib rakyat.

Sekali lagi Komentar mengucapkan Terima Kasih kerana Komentar yakin perjuangan menuntut keadilan adalah perjuangan suci dan Sdr Anwar Ibrahim tidak mahu kita terus-menerus menipu rakyat. Kita mahukan perubahan tetapi kita tidak mahu jatuhkan UMNO untuk menaikkan Parti Keadilan Nasional yang dipimpin oleh mereka berbudayakan UMNO. Perjuangan perlu telus dan rakyat mahukan yang benar bukan kepalsuan.

Kita perjuangkan dan kayu pengukur kemenangan kita adalah sehingga terbebasnya Sdr Anwar Ibrahim dari rantai kezaliman.

Sekian

KOMENTAR