Make your own free website on Tripod.com

MENTERI TIDAK "SIGNIFICANT" TURUT TERKELUAR

 

Komentar 20hb Mei 1999

 

Menteri yang dilabel oleh kami sebagai "TIDAK SIGNIFICANT" juga tercampak dari kabinet Dr Mahathir. Menteri Penerangan Malaysia Datuk Mohamed Rahmat yang telah terkeluar dari senarai nombor satu "pembodek" Dr Mahathir dan digantikan oleh Ibrahim Ali kini kehilangan tempat dalam UMNO. Usaha Tok Mat dalam mengeluarkan isu yang membela Dr Mahathir memakan diri sendiri dan tindakan beliau menggunakan isu bangkap tidak disenangi bukan sahaja pada golongan pembangkang malah juga kepada golongan UMNO. Semenjak penyingkiran Sdr Anwar Ibrahim, Tok Mat telah membuka isu pembayaran kepada tokoh tokoh bahagian demi untuk mengaut undi. Tok Mat dalam tuduhan itu secara jelas dapat dibaca sebagai menuduh Sdr Anwar Ibrahim membeli sokongan dalam usaha untuk memperkembangkan pengaruhnya. Isu ini telah memakan diri sendiri kerana beliau gagal dalam mengemukakan bukti dan justifikasi atas tuduhan beliau. Beliau hadir sekali lagi dengan isu mengkritik Wan Azizah berketurunan Cina. Isu ini dilabel oleh Sdr Anwar Ibrahim sebagai politik bangkrap dan Mohamed Rahmat dilihat seperti bertindak mempermainkan sentimen kaum. Sekarang Tok Mat terjerumus dalam lipatan sejarah sebagai pemimpin yang tidak langsung berkaliber dan kepandaiannya hanya pada sikap "bodek"nya. Tok Mat gagal dalam memimpin negara dan tidak "significant" langsung dalam kabinet Mahathir.

Sekarang Tok Mat ibarat MELUKUT TEPIAN GANTANG.