PAUL AUGUSTINE MENOLAK PERMOHONAN ANWAR UNTUK MENYINGKIRKAN BELIAU DARI TERUS MENGENDALIKAN KES TERSEBUT

 

Kenapakah penolakan tersebut tidak menghairankan kita? Kenapakah telah timbul desas desus bahawa keputusan perbicaraan tersebut memang telah ditetapkan. Kenapakah rakyat sekarang ini menolak terus perbicaraan Sdr Anwar Ibrahim dan mengecam sistem judiciary kita sebagai tidak adil? Jawapan yang telah kita terima dan kita lihat jelas ialah konspirasi politik yang wujud. Konsipirasi yang jahat ini turut didokong dan disokong oleh Paul Augustine, nama yang pahit dan hina dimulut para reformasi. Keengganan Paul melihat kewujudan konspirasi ini melambangkan bahawa sistem mahkamah kita telah dijangkiti oleh virus JE (judicial enemy). Sama dengan Jabatan Polis kita, Jabatan Kehakiman kita telah mula hilang kredibiliti. Kenyataan Paul menolak konspirasi politik dan polis menunjukkan bahawa kes Sdr Anwar telah tamat sebelum dibicarakan dan keputusan telah sedia maklum sebelum pengulungan. Maka tarikh itu juga menyaksikan bahawa keadilan dinegara kita telah lumpuh dimainkan oleh pemimpin konspirasi UMNO. Sistem kehakiman dan Jabatan Polis telah diresapi dan dicemari dengan politik kotor mereka.

Reformasi harus dilaksanakan. Reformasi harus ditekankan dan kita harus memastikan bahawa Reformasi ini dilaksanakan. Kita harus memastikan bahawa mereka yang tergolong dari para perangka konspirasi dan penyokong konspirasi dihukum dengan hukuman setimpal. Kita mahu mereka diadili dan hukuman seharusnya setimpal dengan perbuatan.

Dan ingat kata kata hikmah Sdr Anwar Ibrahim " saya mungkin dapat memaafkan mereka tetapi dapatkah rakyat memaafkan mereka ! Dan jawapan dari kami pendokong reformasi adalah TIDAK.