Make your own free website on Tripod.com

 

 

ABDULLAH BADAWI GAGAL DAN HARUS DITOLAK

 

 

Abdullah Ahmad Badawi merupakan harapan yang menghampakan. Sikap beliau yang dijangka akan lebih terbuka dan dapat menerima desakan reformasi nyata meleset. Perlantikkan beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah mengubah hala tuju beliau dari menteri yang berpontesi kepada menteri yang mendokong konspirasi. Beliau gagal melihat desakan rakyat dan setakat ini gagal bertindak membersihkan imej polis dan Pejabat Peguam Negara. Jabatan Polis khususnya, kita telah menyaksikan bagaimana pegawai pegawai polis peringkat atas menutup perbuatan jenayah yang dilakukan oleh ketua mereka. Penutupan ini merupakan penderhakaan kepada mandat dan tanggung jawab yang diberi kepada mereka oleh negara kita ini. Abdullah Badawi setakat ini diam tidak berani mengemukkan sebarang kenyataan berhubung dengan perkara ini. Apakah Abdullah Badawi sanggup menderhaka kepada rakyat. Penderhakaan ini harus ditolak dan ditentang. Pengundi Kawasan Kepala Batas Pulau Pinang harus menolak pemimpin yang turut setia kepada mereka yang terlibat dengan konspirasi ini. Kita harus memulakan gesaan menolak Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas khususnya dan Malaysia amnya.

Sikap Abdullah Badawi mula dikejam oleh pendokong reformasi. Beliau sepatutnya sedar bahawa memang jelas terdapat "discrepancy" dalam penyelanggaraan dan pengendalian kes Sdr anwar Ibrahim. Beliau sudah nampak bahawa rakyat baik dari golongan profesional mahu bukan telah bersatu dalam kes ini. Kekuatan penyatuan ini sepatutnya menggambarkan bahawa tindakan Dr Mahathir keatas Sdr Anwar Ibrahim di tolak dan penolakan ini bukan nya satu penolakan tanpa asas. Kegagal Abdullah Badawi adalah berpunca kepada sokongan beliau kepada diktator malaysia yang terulung yakni Dr Mahathir. Kebongkakan Adullah Badawi inilah yang menjadi asas kepada beliau harus ditolak

 

TOLAK KEPIMPINAN ABDULLAH AHAMD BADAWI