AHLI UMNO AMPANG JAYA BERCERITA LAGI

 

Assalamualaikum kepada semua pembaca Laman Komentar, golongan pendokong Reformasi khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Masuk kali ini sekiranya disiarkan maka telah hampir 3 buah tulisan saya disiarkan oleh Laman Web Komentar. Terima Kasih dari saya. Tulisan saya pada kali ini adalah untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembikin laman Web Reformasi diseluruh tanah air. Usaha kamu semua tidak ternilai tingginya. Sementara Malaysia dengan medianya yang terkongkong dan melapurkan berita berita yang berat sebelah Laman Web telah bertindak menjadi pencetus demokrasi dalam usaha menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman. Tahniah saya ucapkan sekali lagi. Saya yakin bahawa pemilik Laman Web telah banyak berkorban baik dari segi kebendaan dan masa dalam menubuhkan Laman mereka dan sama sama memperjuangkan keadilan dinegara yang tercinta ini.

Satu tepukkan untuk mereka dan saya dengan ikhlas memandang tinggi usaha kalian. Apa pun kita perlu bersabar dalam perjuangan dan tidak mudah berputus asa. Kejayaan bukan datang dengan mudah tanpa pengorbanan. Lihat sahaja pengorbanan yang dibuat dan dilaksanakan oleh Sdr Anwar Ibrahim. Jesteru itu dalam perjuangan ini kita bukan berharapkan kejayaan peribadi atau keuntungan material,tetapi kita lebih mengharapkan agar keadilan sejagat dikecapi bagi kita dan generasi kita akan datang. Balasan jasa kamu semua ada menanti baik didunia mahupun di akhirat kelak. Allah maha pemurah,pengasih dan maha penyayang. Haruslah usaha tersebut diteruskan biarpun ramai suara suara songsang yang cuba mematahkan semangat kamu semua. Saya percaya kehadiran kamu semua selaku pemilik laman web telah banyak berjasa dan pernah saya terbaca dalam salah satu laman web yang mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia kalah dengan saranan saranan yang dibuat dalam Laman Web. Begitu besar kejayaan kamu semua. Saya percaya Sdr Anwar Ibrahim turut akan menghargai pengorbanan kamu semua dan moga moga perjuangan kita bersama akan di berkati Allah.

 

Secara ikhlas dan jujur saya ingin merakamkan setinggi tinggi tahniah kepada semua pemilik laman web reformasi dan berharap agar semua perjuangan tuan dan puan akan memperolehi kejayaan.

 

Sekian