PERUBAHAN KEM?

Komentar 20/2/2000

Tanah Lahir Reformasi akan tercemar? Komentar dimaklumkan bahawa terdapat usaha-usaha dari pihak lawan untuk mencemar tanah lahir reformasi dengan mengumumkan perubahan kem beberapa para reformis termasuk mereka yang pernah di gelar OKT mahupun bekas tahan ISA kepada kem lawan (yakni UMNO). Bagi UMNO sekiranya ini berlaku maka tanah lahir reformasi tercemar. Dimaklumkan kepada KOMENTAR juga terdapat perubahan kem antara ahli keADILan yang sudah melangkah ke parti rakan Barisan Alternatif lain. Dilapurkan bahawa ada beberapa kepimpinan MPT dan Ketua Bahagian juga turut sudah memikirkan untuk melangkah ke parti rakan ini tetapi masih memikirkan implikasinya. Siapa yang mahu disalahkan? Apakah kepimpinan yang ada hanya tahu mengukur perjuangan orang lain sedang mereka hidup kononnya berjuang tanpa risiko tetapi punya kuasa untuk memanipulasi politik semasa. Mereka sekali-sekala harus mencermin diri dan kita sepatutnya mengambil langkah memperbaiki keadaan. Kalau hanya setakat Anuar Tahir, ada atau tidaknya beliau dalam parti tidak punyai sebarang impak. Anuar Tahir boleh masuk UMNO pun impaknya tidak seberapa. Andaikan Lokman Noor Adam dan beberapa bekas tahan ISA keluar ...ya itu punyai impak yang besar. Datin Presiden sila teliti perkara ini jangan sampai ianya terlambat baru mahu bertindak.

Komentar , setakat Anuar Tahir keluar dari Parti Keadilan Nasional kita raikanlah dia dengan satu jamuan ringan dah le. Oh ya Sdr Anwar Tahir, tuntutan perjalanan ke Sarawak untuk membincangkan bagaimana mahu tumbangkan Yussoff Rahman dah dapat ke belum? Hairan kenapa Sharifah Mariam tidak sponsor?

Komentar