MAHATHIR MULA GERAKAN MENOLAK PAS

Mahathir mula menjalankan aktiviti meraih undi dan simpatii rakyat selaras dengan komen yang menggesa rakyat menolak PAS. Kenyataan Mahathir dalam Akhbar The Sun 18hb March 1999 antara lain dipetik sebagai berkata bahawa beliau tidak menolak Ulamak asalkan Ulamak tidak mempunyai agenda tersendiri.

Beliau juga berkata bahawa beliau tidak mengutuk wanita bertudung tetapi memaklumkan tidak semua wanita bertudung yang baik perkertinya.

KOMEN KAMI

Mahahtir secara terang terang menolak kepimpinan ulamak. Agenda kepimpinan ulamak PAS adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang diperintah berdasarkan Islam. Mahathir walaupun tidak secara berterus terang menolak ulamak sebagai pemimpin dan menolak PAS secara terang. Pada asasnya Mahahtir takut kepada kepimpinan ulamak dan takut pengaruh ulamak yang kian menular dinegara ini. Tindakan ulamak mengkritik kepimpinan Mahathir adalah untuk membawa kebaikan tetapi dari duduk berkompromi Mahathir lebih selesa menutup ruang perbincangan dengan menolak ulamak tersebut ketepi. Kenapa tidak boleh diadakan perbincangan sihat untuk membincangkan masalah tersebut. Memang tidak dapat dinafikan ada antara kita juga turut gerun dengan kepimpinan ulamak tetapi gerun tidak bermaksud menolak terus. Gerun mereka adalah kerana tidak kenal dan apabila dikenalkan maka keserasian itu akan menjadi tunggak pembangunan negara.

Mahathir turut mengatakan bahawa tidak semua wanita bertudung baik perkertinya. Mahathir perlu ingat bahawa wanita bertudung adalah tuntutan agama. Bertudung atau tidak sesaorang wanita tidak boleh dijadikan ukuran perkerti tetapi tuntutan adalah tuntutan.