KOMENTAR MENGULAS KENYATAAN EZAM MOHD NOOR

Komentar 6/1/2000

Ketua Pemuda Keadilan Sdr Ezam Mohd Noor dalam kenyataan di Eksklusif menafikan terdapatnya kalangan wakil rakyat keADILan yang akan melompat parti. Sdr Ezam menegaskan bahawa Parti Keadilan Nasional adalah parti yang didokong oleh rakyat tidak seperti Semangat 46. Sdr Ezam turut dilapurkan berkata adalah menjadi harapan BN untuk mengucarkacir BA kerana BN tahu sokongan kepada mereka sudah mula hambar.

Komentar bersetuju dengan apa yang telah dimaklumkan oleh Sdr Ezam tersebut atas dasar bahawa kebanyakkan reformis dan pendokong keADILan memegang kepada jeritan dan laungan reformasi tajaan Sdr Anwar Ibrahim. Mereka adalah pendokong aspirasi Sdr Anwar Ibrahim. Suara dan laungan reformasi Anwar Ibrahim lah yang merupakan laungan keramat rakyat. Pengorbanan beliau merupakan sumber semangat bagi kami. Sdr Ezam harus berusaha mengekalkan semangat tersebut. Parti Keadilan Nasional adalah parti hasil dokongan rakyat. Jangan sampai rakyat pula mempersoalkan kredibiliti parti. Parti tidak milik individu dan mereka yang telah bertungkus lumus menegakkan reformasi tidak harus disepak dan dicampakkan ketepi untuk memberi lalauan kepada para politikus murahan yang sangup mengadai makna keadilan dan membohongi erti perjuangan demi kepentingan sendiri.

Komentar sekali lagi menegaskan agar Sdr Ezam toleh kepada lipatan sejarah yang dilalui oleh Sdr Anwar Ibrahim. Sikap berpura-pura beberapa kepimpinan yang ada membahayakan kelancaran pergerakkan parti. Sdr nawar telah melalui itu semua dan kita harus belajar dari situ. Bertindak dengan berani dan letakkan matlamat asas kita kepada pembebasan mangsa ketidakadilan kerajaan BN yakni Sdr Anwar Ibrahim yang kita kasihi.