KONSPIRASI SEMAKIN BERJAYA REFORMASI SEMAKIN TERTEKAN (KOMENTAR)

Semakin hari ianya semakin berjaya. Tidak perlu kita banggakan semakin hari semakin ramai yang menukar haluan politik mereka kepada parti lain. Ini walaupun sedikit sebanyak menunjukkan bahawa UMNO semakin hilang kepercayaan tetapi perlu diingat bahawa menjelang pilihanraya nanti banyak perkara perkara yang akan dapat memusingkan kembali mereka kepada UMNO dan kepada pemimpin UMNO yang tidak berwibawa tersebut.

Komentar ada menyebut bahawa KEKALAHAN ANWAR IBRAHIM dalam kes nya tidak dapat disangkal lagi. Kekuatan ahli ahli UMNO dan wakil wakil Bahagian dalam membelitkan cerita dan memujuk rakyat merupakan fakta utama yang akan menyebabkan majority 3/4 UMNO akan dapat dikekalkan lagi.

Dari apa yang dilihat Ketua Bahagian masih berpegang kepada UMNO dan setiap Ketua Bahagian mempunyai ramai pengikut pengikut nya.

Kita periksa sendiri mereka mereka yang melompat dari UMNO ke PAS. Kuat manakah pengaruh mereka? Pengorbanan setakat menukar parti adalah umpama menukar pakaian sahaja. Tidak lebih dari itu.

Kita perlu lebih komitment dalam menangani soal Reformasi dalam UMNO khasnya dan Negara Am nya. Beralih ke parti lain menyebabkan kemenangan TEKNIK PEMBASMIAN ETNIK UMNO. Bagi Mahathir dan kuncu kuncunya ini satu kejayaan mengurangkan pembangkang dalam UMNO. Mereka berjaya mengurangkan ahli yang engkar kepada Dr Mahathir dan ini membolehkan mereka meluluskan sebarang resolusi baru. Yang keluar adalah ketua ketua cawangan dan ahli ahli biasa. Mereka akan balik semula ke UMNO apabila mereka melihat Ketua Ketua Bahagian dan ahli Jawatankuasa bahagian masing masing memperolehi pelbagai insentif berbentuk material, harta dan tanah dari UMNO pusat. Biarlah ahli ahli bahagian ini dibeli dan dijadikan hamba kepada kepada Dr Mahathir namum bagi Dr Mahathir the end result must and will be "the power is mine"dan ini mengagalkan REFORMASI.

Gerak dalam usaha ini telah cuma memberi penerangan tentang ketidakadilan pemimpin UMNO, PAS membawa tugasan mereka untuk menjadi kerajaan memerintah pada undian akan datang, DAP dengan harapan MCA dapat dilumpuhkan Anwar Ibrahim dengan harapan REFORMASI dalam UMNO dan akhirnya UMNO yang ada ini, yang hanya ingat kepada kuasa dan memperkayakan diri dan kroninya akan berjaya.

Dan REFORMASI ? mungkin akan terjadi 5 tahun lagi sekiranya Anwar Ibrahim dibebaskan. Harapan dan cita cita keadilan yang sewajar nya tinggal begitu sahaja. Tanpa pembelaan, tanpa suara suara yang lantang yang tidak gentar menentang, tanpa hidayah dan tanpa arah.

KEMANA PERGINYA REFORMASI

Arah tujuan dan langkah seterusnya kelu dan samar samar lagi. Kehilangan Sdr Anwar Ibrahim kerana dipenjara akan terus melesapkan bahang bahang Reformasi. Harapan kepada kejayaan PAS masih menjadi tanda tanya lagi? Kenapa begitu? Kerana Reformasi tidak mempunyai kekuatan infrastruktur kepimpiman. REFORMASI adalah slogan dan slogan itu disebut dan dilaungkan oleh mereka secara am tanpa kemudi, tanpa jentera dan hanya bertindak sebagai kumpulan yang memberi tekanan sahaja. Tekanan yang pasti akan lentur dimakan dek hari dan lekang dek panas.

Apakah Malaysia akan berubah wajah? Adakah Mahathir dan kroni kroni nya akan hilang begitu sahaja.

Tidak dan tidak. Kita kerdil dan kita tidak punyai semangat pahlawan. Kita tidak seperti segelintir mereka yang tidak takut di tangkap dan berani menentang secara terbuka. Ketua Bahagian UMNO diserata negeri masih memihak kepada UMNO dan Dr Mahathir. Jangan cakaplah UMNO Bahagian banyak telah mula menukar arah. Dan berpecah.. Kalau ya pun kami di Komentar UMNO kekal dan kalau retak pun ianya tidak pecah.

Malah setakat ini semua strategi mereka menjadi. Semua agenda mereka telah terbukti memberi kesan positif kepada mereka walaupun malang bagi rakyat seperti kita.

KITA PERLU BERSATU

Bersatu menjadi satu, jauh sekali, jauh sekali. Gerak memulakan langkah penyatuan sebagai satu Majlis dan bukan sebagai satu penyatuan parti. Pas sebagai pelupur tidak akan membuat penyatuan POLITIK dengan DAP. PAS akan bertindak sebagai PAS dan DAP sebagai DAP. Kita tidak BERSATU DALAM REFORMASI dan perlu diingat REFORMASI ADALAH SLOGAN DAN BUKAN PERTUBUHAN ATAU PARTI.

APAKAH SUDAHNYA.

Jangan lah diri ini ditipu. Walupun berat hendak dikatakan namun ianya perlu kerana ianya adalah calculated anticipation. Tidak ada sudahnya kalau kita terus begini. Penghantaran memo menunjukkan bangkang masih tidak ada keberkesanan. Jangan kita bangga dengan berpuluh puluh memo menentang penggunaan wang EPF, Lembaga Tabung Haji dan penggunaan wang socso. Jangan kita nagguh 500 orang keluar dari UMNO , jangan kita asyik melaungkan reformasi tetapi langkah tambahan kearah itu tidak bibuat.

Apakah SUDAH NYA?

Bagi komentar, hari ini , hari akan datang , dan semalam akan tetap sama. Kerana kita dilangkah yang sama , dan peningkatan tiada.

 

Sayup dan seolah olah mahu meyakinkan diri bahawa REFORMASI TETAP REFORMASI

Salam REFORMASI

KOMENTAR