BENARKAH BARISAN NASIONAL DITERIMA OLEH MASYARAKAT SABAH

 

Barisan Nasional telah berjaya mengekalkan pemerintahan mereka di Sabah. Mereka telah memenangi 31 kerusi berbanding dengan PBS sebanyak 17 kerusi.

Apakah bahawa ini satu pertanda bahawa Barisan Nasional diterima masyarakat Sabah secara keseluruhan? Apakah ini bermakna kemenangan Barisan Nasional mengambarkan populariti Dr Mahathir dan Ahmad Abdullah Badawi masih utuh.

Tidak dan sama sekali tidak. Secara khususnya memang benar Barisan Nasional telah berjaya membentuk kerajaan di Sabah tetapi hakikatnya ialah bangkangan tertadap pemerintah Barisan Nasional adalah melebihi sokongan.

Secara kolektif mengikut pengundian , walaupun 31 kerusi dimenangi tetapi 10 kawasan telah menunjukkan pengundian kepada pihak pembangkang melebihi datri jumlah pengundian terhadap Barisan Nasional.

 

Contoh :

 

Kawasan N 42 Lahat Datu

 

BN memperolehi 7,781 undi

PBS memperolehi 6,547 undi

Bersekutu memperolehi 2,933 undi

Setia memperolehi 579 undi

 

Walaupun kemenangan diperolehi tetapi jelas bahawa parti pembangkang memperolehi jumlah undi secara keseluruhan sebanyak 10,059 undian. Ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa pemecahan pengundian adalah kerana tidak terdapat penyatuan dan strategi dalam usaha pihak pembangkang dalam menghadapi pilihanraya.

Terdapat 10 kawasan yang menghadapi senario yang serupa seperti diatas dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah.

 

Kawasan kawasan tersebut adalah :

 

N6 TEMPASUK

N35 SEKONG

N36 ELOPURA

N37 TANJUNG RAPAT

N38 KARAMUNTING

N42 LAHAT DATU

N43 SULABAYAN

N44 SENALLANG

N45 BALUNG

N46 MEROTAI

 

Sekiranya penyatuan dan strategi pembangkang lebih kepada usahasama dan tidak hanya mementingkan parti secara tersendiri maka 10 kerusi ini kemungkinan dibahagikan antara PBS dan BERSEKUTU.

Ini akan memungkinkan statistik keseluruhan pilihanraya berubah dari Barisan Nasional memenangi 31 kerusi kepada 21 kerusi dan PBS DAN BERSEKUTU memegang hampir 27 kerusi. Walauapa pun ini hanyalah berdasarkan pengiraan statistik dan tidak mengambil kira sentimen lain.

 

Kemungkinan juga hasil penilaian ini, senario ini akan membuka mata parti alternatif di Semenanjung Malaysia untuk memulakan strategi mereka berdasarkan pengalaman dan kenyataan kepetusan pilihanraya Sabah

 

Mungkin juga peranan Datuk Hariss Salleh di Sabah akan mempunyai replikasi sama pada pilihanraya di Semenanjung Malaysia. Sekiranya ada maka kesedihan kita akan berpanjangan dan kegagalan REFORMASI akan menjadi tanda sejarah bahawa kita mencacatkan perjuangan keadilan kerana kita tidak mahu berkompromi antara sesama. Ini mengorbankan tuntutan keadilan kerana keangguhkan kita untuk berkompromi sesama kita. Sanggupkah kita melihat ini terjadi pada pilihanraya Semenanjung Malaysia.

 

Sekian

REFORMASI

hh_98@hotmail.com