From: "USMAN AFFAN"<ser_156@hotmail.com> 
To: hh_98@hotmail.com
Subject: Khazanah negara adalah hak rakyat
Date: Mon, 03 May 1999 20:09:48 PDT


Assalamualaikum webmaster

Kebelakangan ini kerap timbul kenyataan daripada pemimpin kita mengungkit tentang adanya rakyat yang tidak berterima kasih dan bersyukur kepada kerajaan. Perdana Menteri pernah mengingatkan Datin Seri Wan Azizah sekiranya ingin bertanding di Kubang Pasu, mestilah mempunyai wang sebanyak RM800 juta untuk membiayai pembinaan IPT di daerah itu.

Timbalan Menteri Ibrahim Ali pula menegur ahli ugama dan ulamak yang terima projek ataupun kontrek dari Kerejaan tetapi tetap mengkritik Kerajaan. Begitu juga Menteri Pendidikan Najib Tun Razak yang mengugut pelajar dengan tindakan disiplin ataupun penarikan balik biasiswa sekiranya menjalankan aktiviti menentang Kerajaan.

Mereka semua berucap macamlah tabung belanjawan itu UMNO atau mereka yang punya. Mereka tak mengerti atau buat tak reti bahawa duit yang dikumpul itu terdiri dari beberapa sumber. Kesemua duit itu ialah khazanah rakyat. Negeri kita mempunyai sumber asli sepeti minyak mentah dan balak. Hasil dari penjualan ini mengisi tabung khazanah. Cukai yang dikutip dari syarikat dan rakyat juga memenuhi tabung tersebut. Pendek kata ini semua duit dari rakyat dan negera. Kerajaan sebagai pentadbir sepatutnya mengagihkan kembali kepada rakyat dalam beraneka bentuk.

Jadi tidak wajarlah para politik UMNO yang gemar mengunkit pemberian seperti subsidi, kontrak, biasiswa, pinjaman dll. Tak masuk akal sekiranya 'kesetiaan' dijadikan kriteria untuk menerima ganjaran tersebut. Ini menandakan bahwa pemberian itu tidak ikhlas dan ada unsur korupsi. Mana tidaknya, kalau Kerajaan beri subsidi mesti sokong dan undi BN/UMNO. Ini korupsi namanya. Inilah politik UMNO. Sepatutnya projek diberi cara tender barulah ADIL. Tak adalah unsur tekan menekan supaya ada rasa 'terhutang budi'.

Rakyat harus sedar Kerajaan merangkumi semua parti politik dan juga kementerian dan 'civil servant'. UMNO adalah sebuah parti politik dan sebuah parti komponen saja. Kerajaan bertanggung jawap untuk memelihara rakyat. Sepatutnya khazanah dibelanjakan untuk membina lebih hospital, sekolah, masjid, balai rakyat dan sebagainya. Kerajaan mampu untuk memberi subsidi kepada rakyat yang kurang bernasib baik agar mereka dapat menghantar anak mereka ke sekolah dengan biasiswa ataupun menghantar kaum keluarga ke hospital dengan bayaran minima.

Ini tidak pula, habis duit rakyat digunakan untuk membiayai projek mewah termasuk mahligai Perdana Menteri. Ingat, duit itu adalah hak rakyat dan rakyat tidak menghalalkannya selagi hak rakyat ditindas. Setiap sen yang dibelanjakan akan disoal diakhirat kelak. Dan sekiranya duit itu sepatutnya dibelanjakan untuk menolong orang miskin dan yang tidak keupayaan, buruklah padahnya. Siapa yang akan menjawap nanti. Para menteri, sila jawap..............
 

Sekian.
 
 

P/s Harap webmaster dapat siarkan dalam laman dan tolong edit dimana yang perlu
 

Wassalam
 

Usman Affan
KL
 
 

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com