Make your own free website on Tripod.com

BERIKUT ADALAH EMAIL KIRIMAN SDR YANG MENGELARKAN DIRINYA REFORMIS TULEN. BAGI MENEGAKKAN KEADILAN, KOMENTAR MENYIARKAN ARTIKEL INI DILAMAN UTAMA AGAR KEKERUHAN DAPAT DI JERNIHKAN DAN AGAR KEBENARAN TERSERLAH.

JAWAPAN KOMENTAR DALAM MERAH.

 

EMAIL INI DARI :

Mohd _ _ ah_zul bin Hasan

 

Sdr Komentar,

Your lattest article amat memalukan.Malu kerana ianya menunjukkan secara

langsung yang Sdr ada agenda tertentu malah berkroni dengan bekas-bekas

reformis olok-olok......

 

APAKAH REFORMIS OLOK-OLOK ADALAH REFORMIS YANG DI TANGKAP DAN DIPENJARA BAIK DALAM ISA MAHUPUN SEBAGAI OKT. MUNGKIN ITU ADALAH DEFINISI SDR. TETAPI REFORMIS YANG DIDOKONG DAN DIHORMATI OLEH KOMENTAR ADALAH MEREKA YANG TELAH BERJUANG, MENGORBANKAN KEBEBASAN DEMI MENUNTUT REFORMASI SDR ANWAR IBRAHIM. MEREKA HADIR DAN MEREKA MELANGKAH KEDEPAN DAN NAMA-NAMA MEREKA TERCATAT SEBAGAI PEJUANG. OPPPS NAMA SDR SETELAH DITELITI TIDAK ADA. BAIK SEBAGAI OKT MAHUPUN ISA. LEBIH DARI ITU GOLONGAN YANG HADIR DARI DAHULU SEHINGGA SEKARANG YANG MASIH BERKUMPUL DAN MASIH MENCUBA MENAIKKAN SEMANGAT JUANG KEMBALI PUN TIDAK MENGENALI SDR. (SEKIRANYA NAMA EMAIL ITU NAMA SDR) REFORMIS TULEN ….ANEH YA.

SDR,

KOMENTAR TIDAK MALU ANDAI PERJUANGAN ITU DEMI KEADILAN BIAR DALAM MAHUPUN LUAR PARTI.KOMENTAR TIDAK MAHU MEMPERJUANGKAN KEADILAN TERPILIH-PILIH. SEKIRANYA TIDAK JELAS KEADILAN DALAM PARTI KEADILAN NASIONAL MAKA IA TIDAK LEPAS DARI KRITIKKAN KOMENTAR. KOMENTAR TIDAK MAHU KEADILAN YANG KITA TUNTUT DIBATASI DENGAN MEMDIAMKAN DIRI SEKIRANYA KITA PARTI SENDIRI YANG MELAKUKAN KETIDAKADILAN.

 

Disini ingin saya hendak menyatakan sesuatu kepada Sdr Komentar. Siapa

Mustapa Mansor, Fadil dan Nasir ??? Semuanya adalah bekas-bekas Ketua

Bahagian yakni Batu, Segambut dan Wangsa Maju yang kalah dalam pemilihan

lalu.

 

SDR FADIL ADALAH SETIAUSAHA BAHAGIAN PADA AWALNYA DAN TELAH DISINGKIRKAN OLEH KETUA BAHAGIANNYA. SDR FADIL TERUS LENYAP SEHINGGA SDR ZAINUR ZAKARIA MEMANGGIL SEMULA DIA UNTUK HADIR PADA MESYUARAT PERHUBUNGAN NEGERI KUALA LUMPUR. DENGAN MEMAKLUMKAN KEPADANYA BAHAWA PEMECATAN TERSEBUT TIDAK SAH. OLEH KERANA KEPIMPINAN ZAINUR ZAKARIA YANG LEMAH MAKA PADA MESYUARAT ITU SEGAMBUT DIWAKILI OLEH 2 SETIAUSAHA SATU SDR FADIL DAN SATU LAGI DIBAWA OLEH KETUA BAHAGIAN SEGAMBUT. SDR FADIL TELAH DILANTIK KEMUDIANNYA SEBAGAI KETUA BAHAGIAN (MINIT DAN LAPURANNYA ADA PADA KOMENTAR) PADA SATU MESYUARAT BAHAGIAN YANG DIHADIRI PADA AWALNYA OLEH KETUA BAHAGIAN TERSEBUT. SDR FADIL TELAH MEMAKLUMKAN KEPADA PERHUBUNGAN NEGERI BEBERAPA KALI TENTANG MASALAH KETUA BAHAGIAN TERSEBUT DAN AJK PERHUBUNGAN NEGERI SEDAR DAN TAHU BAHAWA SEMUA PERBELANJAAN BAHAGIAN SEGAMBUT, DARI PEJABAT BAHAGIAN SEHINGGALAH KEPADA PROGRAM~PROGRAM KEADILAN SEGAMBUT DILAKSANAKAN OLEH SDR FADIL. WALAUBAGAIMANAPUN MESYUARAT AGUNG MEREKA TELAH DIADAKAN DITEMPAT LAIN DAN NOTIS KEPADA AJK ASAL (HAMPIR ¾ AJK PENAJA) TIDAK DISERAHKAN. MESYUARAT ITU DIHADIRI OLEH HANYA 25 ATAU LEBIH SEDIKIT TETAPI WALAUPUN DIBANTAH PADA HARI YANG SAMA ( KERANA HAMPIR ¾ AJK PENAJA TIDAK DIMAKLUMKAN) ( SENARAI BANTAHAN DARI AJK TERSEBUT DALAM SIMPANAN KOMENTAR) IANYA DISAHKAN OLEH ANUAR TAHIR DAN SUHAIMI DAN SETERUSNYA SDR ZAINUR ZAKARIA. (MANA DEMOKRASI YANG DIKATAKAN ITU).

 

WANGSA MAJU LAIN PULA SENARIONYA. KETUA BAHAGIAN WANGSA MAJU TELAH DILANTIK PADA MESYUARAT AGUNG DENGAN KEHADIRAN HAMPIR 120 ORANG AHLI. MALANGNYA SURAH BANTAHAN MEREKA YANG MENGAKU AHLI TETAPI TIDAK TERSENARAI DALAM DAFTAR KEAHLIAN DITERIMA OLEH ZAINUR ZAKARIA. (DOKUMEN BANTAHAN YANG DITANDATANGANI OLEH MEREKA YANG MENGAKU AHLI ADA DALAM SIMPANAN KAMI). APA YANG LEBIH MENGHAIRANKAN IALAH SDR RAJA AZMAN RAJA PETRA (KAKITANGAN keADILan PUSAT) DI PHILEO DAMANSARA TELAH MENGESAHKAN CARIAN NAMA SAMADA MEREKA AHLI DAN SURAT MENGESAHKAN MEREKA BUKAN AHLI DITANDATANGAI DAN DICOP OLEH keADILan PUSAT TETAPI DITERIMA SEBAGAI BANTAHAN SAH OLEH ZAINUR ZAKARIA. SALINAN SURAT TERSEBUT TELAH DIHANTAR KE KOMENTAR. MESYUARAT KEDUA DI PUTUSKAN TANPA MEMANGGIL KETUA BAHAGIAN WANGSA MAJU UNTUK SEBARANG PERTANYAAN ATAU MEMBERI JUSTIFIKASI YANG BERSESUAIAN. KETUA BAHAGIAN WANGSA MAJU BERTINDAK BAIK DENGAN TIDAK MENGHADIRI MESYUARAT TERSEBUT DAN MENGATAKAN KEPADA WAKIL KOMENTAR BAHAWA “SEKIRANYA MEREKA MAHU MENCATURKAN ORANG MEREKA DALAM BAHAGIAN ,BIARLAH, TIDAK GUNA BEREBUT-REBUT MEREKA ,ZAINUR ZAKARIA DAN ANUAR TAHIR ADA KUASA DAN KUASA ITU MENOLAK SAYA, SAYA AKUR DAN WALAUPUN SAYA TIDAK KELUAR PARTI TETAPI TIDAK NAMPAK KEADILAN DALAM PARTI INI, CUMA YANG TINGGAL ADALAH NAMA KEADILANNYA”.

 

( SDR JANGAN TUDUH KOMENTAR MENYIARKAN BERITA TANPA ASAS, SDR BARU DALAM KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SDR JUGA BARU DALAM MENUNTUT REFORMASI ( ANDAI NAMA PADA EMAIL ITU NAMA SAUDARA)

 

 

Sdr Mus juga adalah Bekas Timbalan Ketua Perhubungan Wilayah

Persekutuan.Terbukti sudah tekaan ramai bahawa Sdr Mus Memang despratekan

jawatan KT PERHUBUNGAN WILAYAH. Sdr Komentar tanya beliau sendiri

memandangkan Sdr sungguh rapat dengan beliau dan rakan-rakannya. Bercakap

tentang jawatan Sdr Zainur Zakaria sebagai KT PERHUBUNGAN NEGERI WP. Beliau

disyorkan menduduki jawatan itu oleh DSAI sendiri. Pernah Sdr Komentar

selidik ??? Sebelum beliau, penyandang jawatan adalah siapa ????? Sdr

Mustapa Mansor,Kawan Sdr Komentar sendiri. Sdr Komentar tentu sudah sedia

maklum kan.?? Bila nama Sdr Zainur dicalonkan, beliau yang pada masa itu

adalah penyandang jawatan telah cuba sedaya upaya meraih sokongan dari AJK

NEGERI untuk kekal sebagai Ketua. Siapa tak tau akan cerita ini....

Everybody is talkin about it. Regunya yang utama adalah yang lagi dua tu.

Pernah satu ketika yang beliau mengancam hendak keluar dari parti gara-gara

ideologi kolot beliau dan nasihat bodoh konco-konconya.

 

MUNGKIN BENAR TEKAAN KOMENTAR BAHAWA SDR INI BUKAN DARI KALANGAN ORANG LAMA DALAM REFORMASI. TAHUKAH SDR BAHAWA SDR ANWAR IBRAHIM ADA MENGUTUS WARKAH KEPADA SDR MUSTAFA MANSOR MEMINTA BELIAU MEMBERI LALUAN DAN SDR MUSTAFA TANPA RAGU~RAGU MEMBERI LALUAN TERSEBUT.BELIAU AKUR DENGAN SDR ANWAR IBRAHIM DAN BEBERAPA KALI TELAH DIPANGGIL KEMAHKAMAH UNTUK BERJUMPA DENGAN SDR ANWAR IBRAHIM. TAHUKAH SDR BAHAWA SDR ANWAR IBRAHIM TIDAK MENGENALI BELIAU SEBELUM INI TETAPI AKIBAT KESUNGGUHAN USAHA BELIAU MAKA SDR ANWAR IBRAHIM DIMAKLUMKAN. TAHUKAH ANDA BAHAWA SDR NASIR ADALAH MEREKA YANG TELAH DILANTIK OLEH SDR ANWAR IBRAHIM SEBAGAI KEPIMPINAN TERTINGGI PARTI TETAPI DITOLAK OLEH NYA KERANA MAHU MENENTUKAN REFORMASI DAN BAHAGIAN. TANYA DATIN WAN AZIZAH SENDIRI? PENOLAKKANNYA DARI DILANTIK SEBAGAI KEPIMPINAN TERTINGGI PARTI MENUNJUKKAN BUKAN JAWATAN YANG DIBURU MEREKA. SDR JANGAN HANYA BERCAKAP TETAPI KOSONG KERANA TIDAK TAHU. ORANG YANG SDR PANGGIL KUNCU ITU LEBIH BANYAK JASA  DAN PENGORBANANNYA DARI SESIAPA YANG ADA. FADIL 42 HARI DALAM ISA, NASIR 30 HARI DALAM ISA, MEREKA MASIH ITU TIDAK LANGSUNG MEMIKIRKAN PASAL JAWATAN DAN PARTI. MEREKA HANYA MAHU LAWAN.

 

SDR, SAUDARA MENGATAKAN BAHAWA MEREKA PERNAH MENGANCAM KELUAR PARTI ADALAH SATU TUDUHAN PALSU. MEREKA SEKARANG TERKELUAR DARI MANA-MANA JAWATAN DALAM PARTI. KENAPA MEREKA TIDAK KELUAR PARTI LAGI. SDR MUSTAFA , SDR FADIL DAN NASIR TAHU AKAN PERMAINAN ZAINUR ZAKARIA TETAPI TIDAK KELUAR PARTI. BAYANGKAN LAH KALAU MEREKA KELUAR PARTI SEBELUM PILIHANRAYA UMUM DAHULU? TENTU GEMBIRA DR MAHAZALIM, TENTU DIBAYAR UNTUK KELUAR TV. TAPI SDR BIAR MEREKA TERSINGKIR SEBELUM PILIHANRAYA UMUM DAHULU, BIAR MEREKA SEDIH ATAS PERLAKUAN ZAINUR ZAKARIA TETAPI CURANG DAN BIADAP PADA SDR ANWAR IBRAHIM TIDAK ADA DALAM HATI MEREKA. MEREKA DISINGKIR TETAPI TETAP AKUR PADA ANWAR IBRAHIM DAN TIDAK MENJEJASKAN PARTI . MEREKA MAMPU MENGISTIHARKAN KELUAR PARTI DAN DAPAT BERATUS RIBU DARI DR MAHAZALIM TETAPI TIDAK , MEREKA DIAM KERANA TAHU PARTI AKAN MENGHADAPI PILIHANRAYA DAN SEKIRANYA DIGEMBAR GEMPUR MEREKA TAKUT PARTI TERJEJAS DAN ANWAR TERUS TERPENJARA.

 

(BEGITU JUGA KOMENTAR, HANYA SELEPAS PILIHANRAYA BARU KOMENTAR MENYIARKAN KELEMAHAN DAN KRITIKAN ATAS PARTI AGAR PILIHANRAYA AKAN DATANG KEKOTORAN ITU DAPAT DIBERSIHKAN)

 

Kerana terlalu sibuk meraih sokongan dan membuat perancangan bersama konco

beragenda itu  di Negeri beliau kehilangan Bahagian Batu. Dengar cerita,

beliau mengsyorkan supaya semua AJK penaja di endorskan saja tetapi

mendapat tentangan dari pimpinan Negri kerana itu adalah cara UMNO untuk

kekal berkuasa. Hina sangatkah jika turun pangkat dari Ketua Kepada

Timbalan Ketua ???

 

LAGI SEKALI SDR MAIN SERKAM JARANG TENTANG SEMUA PERKARA. ENDORSEMENT SUPAYA JANGAN ADA PERTANDINGAN MULANYA DATANG SEMASA MESYUARAT ANTARA 33 BAHAGIAN DISELURUH NEGARA DENGAN ANUAR TAHIR. 33 BAHAGIAN MEMINTA SUPAYA MESYUARAT ITU MENERIMA PAKAI AJK PENAJA SEBAGAI AJK BARU. DI WILAYAH PERSEKUTUAN 7 DARI 10 BAHAGIAN MENGATAKAN MESYUARAT PENUBUHAN TIDAK SEHARUSNYA ADA PERTANDINGAN MEMANDANGKAN KITA BARU 4 BULAN DITUBUHKAN.SISTEM PENDAFTARAN KUALA LUMPUR TIDAK MENETAPKAN SESAORANG ITU DARI BAHAGIAN MANA. SEMUA PENDAFTAR SEBELUM INI DIBUAT DI MERATA TEMPAT, DIMASJID, CERAMAH UMUM DAN KEKECOHAN KEAHLIAN BAHAGIAN INI DIAKUI OLEH MPT BIRO KEAHLIAN. BELIAU SENDIRI MENCADANGKAN AGAR PENDAFTARAN AHLI BAHAGIAN DILAKUKKAN TERLEBIH DAHULU. ZAINUR ZAKARIA DAN SETIAUSAHA NEGERI MEMBERI SATU SENARAI AHLI KUALA LUMPUR KEPADA SETIAP BAHAGIAN DAN MEMINTA KITA PILIH DARI SITU BERDASARKAN ALAMAT AHLI BAHAGIAN. APAKAH ITU LOGIK? KITA LIHAT SENDIRI SETIAUSAHA NEGERI ITU BERALAMAT DI WANGSA MAJU TETAPI TIM.KETUA DI BUKIT BINTANG. NASIHAT TELAH DIBERIKAN OLEH 7 AJK PERHUBUNGAN NEGERI AGAR KEAHLIAN DITENTUKAN DAHULU SEBELUM PEMILIHAN . BIRO AHLI (KEPIMPINAN TERTINGGI KEADILAN) JUGA SETUJU AGAR PENDAFTARAN AHLI DILAKSANAKAN DAN CUMA SATU BAHAGIAN YANG DILAPURKAN ADA PENDAFTARAN AHLI YAKNI WANGSA MAJU TETAPI TIDAK DITERIMA KUALA LUMPUR ( SEBABNYA TIDAK DIMAKLUMKAN).

 

SDR CHECK FAKTA SDR DAN JANGAN MAIN TUDUH SAHAJA. KOMENTAR MENULIS BERDASARKAN MAKLUMAT YANG DITERIMA DAN DARI MAKLUMAT ITU SEDIKIT PENYIASATAN DILAKUKKAN DAN HASILNYA MENUNJUKKAN BAHAWA KEPIMPINAN ZAINUR ZAKARIA YANG MENYEBABKAN PERPECAHAN KUALA LUMPUR.

 

Sedarlah bahawa keputusan itu adalah atas sifat untuk

memperkuatkan parti. Lebih baik dipimpin oleh seorang LAWYER dari seorang

reformis jalanan yang takut berada di depan masa reformasi.Sebagai

pemerhati katakan.

Cawangan-cawangan di Bahagian Batu bertaburan tanpa halatuju tapi beliau

apa buat? Sibuk berkempen untuk kekalkan jawatan Ketua Perhubungan.

Terdesak sangat kah beliau.

Setelah agenda beliau tidak kemana, akurlah dia menjadi Timbalan tetapi

ingatkan kempen sudah tamat tapi lain pulak yang jadi.

Massyallah.....Berpakat pulak dengan konco-konconya untuk menyingkirkan Sdr

Zainur. Apa punya orang macam ni ???Tuhan maha berkuasa, orang yang cuba

disingkir tidak tersingkir tapi beliau dan konco-konconya yang tersingkir.

Always remember.........Tuhan tu maha kaya dan maha adil. Dan yang paling

sedih ialah sifat tak mengaku kalahnya. Sekarang memperkudakan Sdr Komentar

untuk tujuan balas dendam. Sebar cerita tanpa usul periksa.

 

SDR YANG JELAS IALAH SDR YANG TIDAK ADA FAKTA BUKAN KOMENTAR. KOMENTAR SEDAR MEREKA TERSINGKIR TETAPI ALLAH MAHA MENGETAHUI. PENYINGKIRAN MEREKA BUKAN BERERTI MEREKA BERSALAH. ALLAH MAHA KAYA DAN ALLAH YANG MENENTUKKAN SEGALANYA. DAN ADALAH MENJADI KEWAJIBAN KITA MENENTANG KEZALIMAN DAN KETIDAKADILAN. JANGAN SDR FIKIR BAHAWA SEORANG PEGUAM ITU BAIK KEPIMPINANNYA. YANG BENAR KITA BENARKAN YANG SALAH KITA TEGUR AGAR IANYA TIDAK MENJADI PENYAKIT YANG MENULAR. KEMUNGKINAN ALLAH TIDAK MEMBERI KITA KEJAYAAN PADA PILIHANRAYA INI KERANA YANG MAHA BIJAKSANA TAHU BAHAWA KEPIMPINAN KITA ADA YANG SAMA KORUP,LEMAH DAN SAMA ZALIM.

 

Nak jadi apa

???? Sedarlah kamu semua. Tuhan tahu perbuatan kamu semua.

Minta maaf banyak-banyak jika ada kata-kata saya yang tersasar. Saya doakan

kamu semua kembali ke perjuangan asal bukan perjuangan untuk berebut

jawatan.

 

ITU JUGA HARAPAN KOMENTAR, JANGAN KITA BERSELINDUNG DIBELAKANG KEADILAN UNTUK TERUS MEMUATKAN AGENDA TERSENDIRI. SAYA JUGA MEMOHON MAAF SEKIRANYA TERKASAR BAHASA DAN BERDOA AGAR KEADILAN DALAM KEADILAN DAPAT DIPULIHKAN SEMENTARA KITA MASIH PUNYA WAKTU. KITA TIDAK MAHU KELAK APABILA PILIHANRAYA 2004 TIBA KITA MASIH BERGOLAK.

 

KOMENTAR

Mampu menunjukkan lebih banyak kepincangan yang berlaku, namun ini memadai dahulu.

 

Sekian Wassalam

 

 

 

Yang Ikhlas

 

 

..............................

Orang tak berjawatan.