EMAIL DARI WAN RUSLIM

Date: Mon, 12 Oct 1998 21:34:21 +0800
From: wan ruslim <alamat disimpan @tm.net.my.my> 
To: hh_98@hotmail.com
Subject: Terima Kasih
Reply Reply All Forward Delete Previous Next Close
Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi,

Saudara Webmaster, terima kasih kerana menyiarkan e-mail saya. Diharap
e-mail itu tidak mengganggu dan menggugat perjuangan reformasi sama ada
yang didokong oleh bekas-bekas ahli UMNO yang menyokong DSAI ataupun
para reformis daripada parti pembangkang. Ingin saya nyatakan di sini
bahawa tujuan saya mengirimkan e-mail itu adalah semata-mata untuk
memberikan pandangan saya secara PERIBADI dan tidak ada kena-mengena
dengan PAS secara rasmi. Mungkin juga mereka yang di dalam GERAK pun
tidak bersetuju dengan saya. Itu tidak jadi masalah kerana isu pokok
kita ialah reformasi. Sebarang percanggahan pendapat tidaklah harus
memesongkan kita dari matlamat asal ke arah satu gerakan reformasi
secara menyeluruh ke arah kebaikan kerana tentunya mereka yang berada di
dalam GERAK juga mempunyai percanggahan yang lebih besar sepertimana
kewujudan BN yang mempunyai percanggahan di antara komponen partinya
tetapi mereka kekal berkuasa kerana matlamat asal mereka tidak
dikorbankan. Sekiranya pendapat saya menegur ADIL dianggap terpesong
daripada matlamat asal dan boleh menggugat perjuangan asas reformasi,
masukkanlah ke dalam tong sampah. Yang benar dari Allah dan yang buruk
itu adalah kelemahan saya sendiri. Saya cuma memberi ingatan terhadap
kesilapan yang dilakukan bekas-bekas pemimpin kita yang terdahulu yang
mementingkan perjuangan peribadi yang akhirnya membawa kepada perpecahan
dan merugikan mereka sendiri. Tanyalah Ku Li, Rais Yatim, Ibrahim Ali,
Rozali Isohak. Di mana mereka sekarang?


Reply Reply All Forward Delete Previous Next Close

© 1996-1998 Hotmail. All Rights Reserved. [Contact Us|Help]