Make your own free website on Tripod.com

LAGI ISU MAHATHIR TENTANG WANITA TIDAK DIGALAKKAN BERKERJA OLEH TH HJ NIK AZIZ

Putar belit kenyataan PAS merupakan satu kegiatan harian UMNO. Isu Nik Aziz tidak mengalakkan wanita berkerja sedang hangat diperbincangkan dan telah diambil oleh UMNO sebagai satu isu berkempen. Mereka tidak dengar penjelasan menyeluruh Nik Aziz. Tn Hj Nik Aziz tidak menghalang wanita berkerja cuma apa yang disarankan adalah untuk golongan ibu tidak mengabaikan tanggung jawab kepada anak anak mereka. Ini juga tidak bermakna beban mendidik anak hanyalah pada ibu. Disarankan UMNO carilah isu yang lebih effektif. Apa kata UMNO cuba menerangkan isu penangkapan Anwar Ibrahim kalau nak tahu adil ke tidak kerajaan UMNO

 

PRM MENGGESA PENGUNDI PENGUNDI

PRM menggesa supaya pengundi pilihanraya memangkah parti pembangkang tidak kira kaum ,bangsa dan agama. PRM membuat gesaan itu bagi menghapuskan ketidakadilan kerajaan Barisan Nasional. Rakyat Malaysia harus memberi peluang agar parti pembangkang dapat berusaha menunjukkan kepada rakyat apa erti sebenar keadilan.

Gesaan ini adalah juga untuk memberi peluang supaya keadilan dapat dikecapi dan mereka yang melaksanakan kezaliman dibawa kemuka pengadilan yang sebenarnya.

KOMENTAR

Beri peluang bagi kerajaan alternatif membuat perubahan baik dari segi ekonomi , sosial dan politik. Kerajaan sekarang telah mula bongkak dengan melaksanakan kezaliman mengikut sesuka hati mereka. Mereka berlindung disebalik undang undang yang di interpritasikan mengikut kehendak sendiri. Kecacatan undang undang wujud kerana perlaksanaan mereka. Kita harus memberi peluang kerajaan alternatif. Kita harus tingkatkan erti sebenar demokrasi . Kita harus memburu keadilan sebenar .