Assalamualaikum Semua?
REFORMASI saya dahulukan cerita demi memberi keyakinan bahawa reformasi tersebut akan hidup terus dan kejayaan slogan pembawaan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Malaysia ini disambut dengan kejayaan Insyallah.
Kenapa saya perlu menyakinkan diri ini? Bukankah
perhimpunan beramai ramai 10/10 itu berjaya?
Bukan kah semua disana menyebut REFORMASI.
Semua sahabat reformasi
Beberapa soalan ditujukan kepada saya dalam menceritakan dan bercerita antara sesama kami tentang REFORMASI. Ini adalah diantara nya dan insyallah akan dikemukakan pada rencana cerita akan datang.
Berikut soalan soalan nya,
REFORMASI adalah intipati yang dilaungkan oleh
GERAK hasil cabaran Saudara Anwar Ibrahim kepada pemerintah sekarang ini.
SETUJU?
|
Bangkangan ISA dan SISTEM PERUNDANGAN telah wujud
sekian lama, tetapi reformasi tidak dijalankan setakat ini.
ISA telah lama ada dan seadanya ISA sebelum ini
tidak ada satu Parti Pembangkang menaja Majlis Majlis seperti GERAK walaupun
anti ISA kalangan Parti Politik memang ada.. Laungan berani Sdr Anwar telah
berjaya membuka semua Parti Politik dan Ajensi bukan Kerajaan lain bangun
dan menetang ISA.
SEKALI LAGI
|
|
|
Sekali lagi editor MENJERIT REFORMASI!
bagi menyakinkan diri yang
cita cita bagi keadilam sejagat di malaysia seperti yang di laungkan oleh
sdr anwar ibrahim hidup selama lama nya
Saya tidak diberi kesempatan mengenali GERAK dengan lebih rapat lagi. Tetapi saya percaya Media WEB telah berjaya sedikit sebanyak mencetuskan kesedaran dikalangan rakyat malaysia bahawa REFORMASI perlu dan ianya mesti diadakan secepat dan sepantas mungkin.Saya tidak lihat strategi strategi anjuran GERAK yang bersefahaman dan sealiran dengan cara anjuran Sdr Anwar Ibrahim biarpun hasrat dan kehendak adalah pada keadilan dan kebersihan sistem pentadbiran..
Yang saya lihat tenaga Anwar Ibrahim telah disalurkan kepada Mahasiswa Mahasiswa dan informasi WEB MEDIA berperanan mengenalkan kepada rakyat supaya SEDAR DAN MENERIMA pergolakkan dan kesatuan yang dibentuk dan ditaja oleh Anwar Ibrahim.
SAUDARA KU GERAK,
Bangkit lah dengan gagah perkasa dan bawalah kami kepada SEMANGAT REFORMASI TAJAAN SDR KAMI SDR ANWAR IBRAHIM.
TERANGKAN KEPADA KAMI INTIPATI SEBENARNYA PERJUANGAN GERAK SEBELUM ARAH PEMBAHARUAN KAMI DIRASUK OLEH KEKELIRUAN SESUNGGUHNYA KERUGIAN PADA REFORMASI MENUNTUT KEADILAN
REFORMASI! REFORMASI!