GERAK
Majlis Gerakan
Keadilan Rakyat Malaysia
 
          PENGISYTIHARAN
     MAJLIS GERAKAN KEADILAN
        RAKYAT
MALAYSIA
       (GERAK)
 
       Menyedari fenomena keadilan
sedang dicabuli dan rakyat kini sudah mula
     mempersoalkan kebebasan kehakiman dalam
proses keadilan negara,
      Menyedari gejala penyalahgunaan
kuasa oleh pihak berkuasa untuk menyekat
     kebebasan bersuara dan mempertahankan
diri melalui hak yang dijamin oleh
     undang-undang kini cukup berleluasa sehingga
penangkapan yang dibuat secara tidak
     bertamaddun,
      Menyedari krisis dan kegawatan politik
negara kini sedang dilanda secara paling
     serius sehingga menafikan hak menyuara
dan mendengar dari kalangan rakyat, dan
      Menyedari pemerintah hari ini menuju
kepada kezaliman dan ketidakadilan, menyedari
     bahawa krisis ekonomi kini menimbulkan
krisis politik dan krisis sosial/moral yang
     sangat serius.
      Maka kami yang tersenarai di bawah
ini bersetuju membentuk satu Majlis Gerakan
     Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) dengan
objektif berikut:
      1.Mengembeling seluruh tenaga rakyat
untuk menegakkan keadilan dan
          menentang
kezaliman
        2.Memastikan agar institusi
pemerintahan terutama mahkamah, polis dan
          media tidak
diperalatkan untuk menekan serta menakutkan rakyat dan
          menyebar
fitnah
           
3.Menggerakkan potensi rakyat untuk mengembalikan keadilan yang asasi
 
Bagi mencapai objektif-objektif tersebut :
a.GERAK menuntut kerajaan khususnya
instrumen perundangan agar tidak
     disalahgunakan bagi menghalalkan segala
tindakan ke atas mereka-mereka yang tidak
     sealiran dengan pemerintah.
      b.GERAK
juga menyesali unsur dan gejala fitnah yang berleluasa berlaku dalam
     percaturan politik sekarang ini sehingga
mengakibatkan maruah agama dan adab
     kesusilaan rakyat Malaysia terjejas.
                   
c.GERAK menuntut supaya mereka yang ditahan
di bawah ISA dibebaskan tanpa syarat
     atau pun dihadapkan ke mahkamah terbuka.
           d.GERAK
menegaskan serta mendesak dengan sekeras-kerasnya agar ISA segera
     dihapuskan memandangkan akta ini sedang
berleluasa menindas hak rakyat untuk
     mendapat keadilan.
                  
e.GERAK mendesak pihak kerajaan agar memastikan
semua tahanan ISA tidak dianiaya
     melalui penggunaan apa-apa kaedah yang
melibatkan seksaan fizikal, tekanan
     saikologi, mahu pun bahan kimia yang boleh
mendera tahanan untuk membuat
     pengakuan secara paksa atau dalam keadaan
yang tidak disedari.
           
f.GERAK menuntut supaya kerajaan memberhentikan
serta merta operasi menahan
     individu rakyat di bawah ISA.
             
g.GERAK mendesak supaya badan kehakiman dan
media dijamin kebebasannya agar
     tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak
yang boleh mencabuli perlaksanaan prinsip
     perundangan dan keadilan untuk semua.
           
h.GERAK menggesa pihak polis menjalankan tugas
secara prfessional, beretika dan
     sera tidak dipengaruhi oleh mana-mana
pihak dalam melaksanakan tugasnya.
 
DATO HAJI FADZIL MOHD NOOR
Pengerusi GERAK
email kami