Kesungguhan
Lim bukan membela diri tetapi seolah olah mahu menunjukkan yang Sdr
Anwar memang bersalah. Kenapa? Apa
kepentingan buat dia. Yang paling menghairankan,
dengan kehadiran pakar pakar
yang jauh lebih berpengalaman
darinya beliau masih mahu mempertegakkan
bahawa apa yang dilapurkannya tepat dan tidak boleh dipersoalkan.Beliau
sesungguh mahu membuktikan Anwar bersalah. Sebagai seorang
profesional beliau sepatutnya bertindak bagi memberitahu
mahkamah tentang ujian DNA cara
ujian DNA dan hasil ujian tersebut.
Beliau seharusnya menerangkan kebarangkalian
ketepatan ujian tersebut dan memberitahu secara
jujur apakah cara cara lain ujian boleh dilaksanakan. Tetapi dalam kes
Lim ini beliau mahu bertindak sebagai penuduh dan nampak
berpihak kepada Peguam Negara.
Hairan, kalau doktor pakar biasa pun selalunya memberitahu
pesakit kemungkinan penyakit yang dihadapi
oleh pesakit tersebut dan tidak pernah menolak kemungkinan dignosisnya
tersilap dan pada keselaluannya meminta rujukan dari pakar lain tetapi
Lim ini tidak, habis habisan mengatakan bahawa ujiannya tepat.
Dengan kehadiran pakar pakar luar negara barulah nampak bahawa kesungguhan Lim memberi kesimpulan ujian adalah untuk memusnahkan Sdr Anwar Ibrahim, arahan siapa? Ujian nya nyata boleh dipersoalkan menurut peguam peguam Anwar Ibrahim. Kelakarkan apabila Lim memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak setuju sekiranya beliau dikatakan tidak pakar didepan pakar pakar yang telah memperolehi Phd dalam bidang tersebut. Lim kalau tidak pakar jangan mengaku pakar. Berdepan dengan kamu adalah mereka yang benar benar pakar dan kamu cuma Masters sahaja.Siapa yang bayar kamu ini....siapa.......?
Dah dari awal perkara ini satu konspirasi maka takkan tilam boleh menghilangkan wasangka kami yang ini satu penipuan dan satu plot jahat Dr Mahathir. Tidak payah Dr Mahathir resign Menteri Dalam Negeri kerana kamu akan senantiasa membayangi Pak Lah.
Walauapa pun kami nak beri sedikit nasihat pada Aziz Shamsuddin dan Datuk Megat Junid, awas kerana Dr Mahathir silap silap memakan you all. IGP dah nak kena dan sedikit masa nanti kemungkinan lagi teruk IGP dilibatkan dalam konspirasi. Nanti kami email kepada komentar apa yang kami rasa akan berlaku pada anggota konspirasi lain. Haruan makan anak......... tak mustahilkan?
Cetusan Rasa para Penyokong Anwar Ibrahim